Rumput Oh Rumput Kenapa Mahal Sangat?
3 min readIsu tentang rumput di stadium Nasional Bukit Jalil menjadi hangat kembali. Baru-baru ini TMJ bersetuju untuk menaja sebanyak 1.2 juta dalam menggantikan rumput baharu. Bersama dengannya kos penyelengaraan sebanyak 240,000 ribu setahun siap dengan sistem pengairan. Harga yang cukup rendah daripada harga yang disebut oleh Menteri Belia & Sukan pada sebelum ini. Rata-rata penyokong bola sepak tempatan kembali berdebat mengatakan siapa yang betul dan siapa yang salah. Kami di Ultrajang tidak ambil side dan mengulas mengikut apa yang kami tahu sahaja.
Hal masalah padang ini bukan benda baharu untuk peminat bola sepak malahan tamadun manusia itu sendiri. Jika abang Tom boleh bawa semula kita ke era middle ages, rumput yang simple ini bukanlah sesuatu yang kecil dalam sejarah hidup kita. Menjadi sumber utama makanan untuk binatang ternakan, rumput juga mempunyai fungsi selain daripada itu. Ianya merupakan penanda aras pada golongan aristokrat menunjukkan kuasa mereka kepada golongan petani seperti ahli-ahli politik masa kini dengan menayangkan kereta Vellfire mereka di media sosial.
Pada waktu itu tanah subur adalah sesuatu yang berharga bagi manusia untuk kelangsungan hidup. Bangsawan pula mempunyai tanah yang luas yang boleh ditukarkan menjadi kawasan padang ragut atau tanaman. Bayangkan kau ada kemampuan itu, tapi kau sengaja tanam rumput yang tiada fungsi lain selain hidup tak buat apa dengan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kau tak bagi haiwan makan dan orang ramai pijak pula tu. Manakala golongan petani pula terlalu miskin dan hanya mampu melihat. Jika mereka ada tanah sebidang itu, mereka tidak akan sama sekali membazirkan seumpama itu. Sebab itu jika kita lihat bekas-bekas rumah bangsawan di England dan Perancis banyak laman besar dihadapan rumah agam mereka. Dari segi hipotesis, semakin besar laman rumah kamu ada semakin tinggi darjat seseorang manusia pada zaman tersebut.
Di era moden juga kita boleh lihat seperti itu. Kondusi padang di stadium masing-masing mencerminkan standard sesuatu kelab bola sepak itu. Stamford Bridge sebelum datangnya Roman Abramovich terkenal dengan padang berlecak berkelas liga championship. Bila ‘bangsawan’ hebat seperti beliau mula mengambil alih, padang mereka mula bertukar bertaraf dunia. Ini juga berlaku di negara lain. Brazil merupakan negara bola sepak di mana hampir semua pemuda mereka pandai mengelecek bola mahupun menimbang paling kurang sebanyak 20 kali menggunakan tumit sahaja. Dengan kata lain, masyarakat di sana menganggap bola sepak sebahagian daripada bola sepak. Tetapi atas ekonomi masyarakat setempat, mereka lebih banyak bermain di tanah merah ataupun jalanan daripada rumput padang. Seperti golongan petani yang kita cerita tadi. Ironinya, rumput di stadium Maracana yang digunakan untuk perlawanan akhir Jerman menentang Argentina adalah berkualiti tinggi. Namun, padang world cup itu sendiri tidak dapat lari daripada masalah kondusi yang teruk.
Pada waktu abang Tom menulis ini Brazilian Football Confederation ataupun dengan nama singkatannya CBF telah mula menukar rumput hybrid iaitu kacukan rumput asli dan tiruan yang lebih utuh dalam menghadapi cuaca khatulistiwa mereka. Jika TMJ berbesar hati untuk menanam rumput Zeon Zoysia yang dikatakan sejenis hybrid juga maka kenapa kita perlu menolak tawaran tersebut? Ini kerana keadaan cuaca kita dan negara Brazil lebih persis dan masalah kita lebih kurang sama. Mungkin ini adalah final solution yang kita tunggu-tunggu.
Walaupun secara logiknya hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku di era kereta sudah hampir boleh terbang dan harga dedak ayam lebih mahal daripada rokok sekotak. Namun, ini sebenarnya bukan benda mudah untuk diselesaikan. Negara kita adalah sebuah negara yang bermusim dengan monsun dan kemarau. Ditambah pula dengan masalah pemanasan global sekarang ni yang mengakibatkan panas melampau dan banjir yang teruk. Tidak semua rumput sesuai dengan cuaca ini.
Sebenarnya kita masih belajar dalam hal ini. Bola sepak Eropah yang dianggap sebagai bangsawan sudah lama bermain di atas rumput padang yang cantik. Sedihnya kita masih bermain di dalam lumpur. Hal ketirisan yang disebut-sebut itu tidak pula tidak ditulis di sini. Ini kerana kami tidak mempunyai info tentang hal itu. Jadi kami ulas benda yang kami tidak tahu. Buat masa ini, kami berterima kasih kepada TMJ kerana baginda mahu membantu dalam masalah ini. Kami juga berharap solusi kali ini adalah yang terbaik untuk kita pakai dan menyelesaikan masalah ini selamanya insyallah.
P/S: Teringat mendiang Shebby Singh pernah menceritakan pasukan kebangsaan tidak dibenarkan bermain dia stadium utama di salah satu kelab di England kerana mereka mahu menjaga kondusi padang. Mereka disuruh bermain perlawanan persahabatan di padang latihan sahaja.
-Tom Bombadil, Padang Nuri Paroi Jaya-