November 6, 2024

Rumusan Final AFF Suzuki 2018

3 min read

Skuad Tan Cheng Hoe turun ke My Dinh Stadium dengan satu tugas yang berat, memerlukan kemenangan atau mengikat Vietnam dengan keputusan seri lebih dari dua gol, di mana mereka gagal melakukannya di venue yang sama ketika perlawanan peringkat kumpulan. Melihat kepada kerapuhan benteng pertahanan Malaysia ketika perlawanan pertama di Bukit Jalil, berita tentang availability Aidil dan Syazwan serta kepulangan Syahmi selepas penggantungan, menggembirakan kita sebelum perlawanan bermula.

Dan buktinya, walaupun tewas 0-1 kepada Vietnam, kita dapat melihat bagaimana barisan pertahanan kita lebih tenang menyerap asakan berbanding perlawanan sebelum ini. Persefahaman yang telah dibina antara Aidil dan Shahrul Saad sedikit sebanyak memudahkan kerja Farizal di pintu gol. Walaupun nampak macam perkara kecil, tetapi tugas untuk
meneutralizekan serangan dan meminimalkan serangan ke arah gol penting supaya kita dapat mengelakkan mistake yang tidak perlu.

Den pasti ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan penjaga garisan yang tidak mengangkat bendera tanda offside semasa gol pertama Vietnam, tetapi den nak puji penjaring gol Vietnam bagaimana beliau melakukan first timer dan menyukarkan Farizal untuk menyelamatkan bola. Benda-benda macam ni yang perlu dilakukan oleh bahagian serangan bila
mendapat hantaran dalam kotak penalti, kurangkan sentuhan dengan
mind set nak lepaskan sepakan ke arah gol. Tak perlu nak gentel gentel bola tu lagi.

Cumanya, macam den sebut tadi, kurangkan mistake yang tidak perlu. Syazwan Andik sebelum hantaran dilakukan, beliau dah check ada pemain di belakang tetapi entah kenapa, bila hantaran dilakukan, Syazwan tak cuba untuk close the gap dengan penerima. Mungkin Syazwan nak cut the ball semasa bola on air tetapi tak sampai. Sekadar bermungkin.

Di bahagian serangan, kita gagal untuk menembusi kekebalan benteng pertahanan Vietnam dan seingat den, hanya dua percubaan berbahaya yang boleh menghasilkan gol tetapi diselamatkan penjaga gol. Satu melalui percubaan Syahmi yang hampir serupa ketika bertemu Thailand, dan satu lagi free kick Safawi yang juga hampir serupa ketika bertemu Vietnam. Seraso den, Vietnam turun dengan formasi tiga pertahanan tetapi akan membentuk lima pertahanan ketika bertahan. Kalau ada yang sempat menonton analisis Fox Sport, Malaysia boleh mengeksploitasi situasi counter attack melalui gerakan sisi padang kalau berjaya mengatasi wing back Vietnam.

Malah situasi sebegini telah berlaku ketika di Bukit Jalil dan turut terjadi di My Dinh Stadium. Bila salah seorang pertahanan dari tiga centre back yang diletakkan meninggalkan tempat untuk menutup ruang hantaran dari tepi, bahagian tengah di dalam kotak penalti agak lopong tetapi sama ada hantaran gagal dilakukan, atau receiver gagal untuk attack bola yang dihantar.

Den kagum dengan taktikal Tan Cheng Hoe bila mana kita ketinggalan, kita masih cuba untuk membuat hantaran demi hantaran dalam usaha untuk membuka ruang yang membolehkan kita untuk penetrate ke zon bahaya. Ini adalah taktikal yang sama ketika Malaysia ketinggalan 2-0 kepada Vietnam dan ketika bertemu Thailand. Mungkin orang akan nampak macam takde urgency, tetapi itulah. Apa urgency yang dimahukan? Long ball ke atas? Dan mengharapkan Sumareh atau Safawi kejar bola sampai mampus? Lawan Vietnam ni bagi den tak sesuai nak long ball sebab defence Vietnam akan berusaha untuk memainkan bola instead of buang bola keluar. Membazir kata ko.

Tan Cheng Hoe dah membina satu asas taktikal dan den raso Tan Cheng Hoe tak perlu merubah asas yang dah ada ni. Mungkin untuk masa hadapan, Tan Cheng Hoe boleh memperbanyakkan perlawanan bertemu lawan sebegini dan cuba mencari rahsia untuk memecah benteng pertahanan lawan. Kok tanya den, mungkin Tan Cheng Hoe boleh membawa
pemain yang boleh membuat percubaan jauh dan setakat ini, Safawi sahaja yang agak
reliable dan Syahmi juga turut berkemampuan tetapi sebagai pertahanan, peluang Syahmi agak terhad.

Den juga ado berbincang dengan abang Tom soal set piece. Bagi den, kok payah bona nak penetrate defence Vietnam ni, kau boleh pertajamkan kualiti kat set piece. Sepanjang tournament set piece tak pernah jadi, tiba tiba lawan Vietnam boleh dapat dua gol. Bermaksud Vietnam sendiri kureng dalam menghadapi set pieces. Seperti mana kebiasaan pasukan finalist
berlatih sepakan penalti, den raso tak salah kau lebihkan sedikit drill untuk set pieces.

Maka, berakhirlah sudah perjalanan pasukan Harimau Malaya dalam kejohanan AFF Suzuki Cup 2018, satu perjalanan yang penuh dengan elemen kejutan, drama, orgasm, kekecewaan dan kegembiraan. Kalau ada kesempatan, den cubo untuk buat sinopsis tentang pasukan Harimau Malaya sepanjang kejohanan berlangsung.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.