April 26, 2024

SAINS FC | Memburu kemenangan di tempat ‘lawan’

2 min read

Selepas memulakan kempen Liga M3 dengan kemenangan, SAINS FC akan berkunjung ke tempat ‘lawan’ bertemu PIB Shah Alam FC. Cumo eh den nak posan lah. Sebagai warga penyokong bermaruah, jangan lah kito biarkan orang Shah Alam lebih ramai hadir ke stadium walaupun PIB Shah Alam FC dah lamo jadikan Stadium USIM, Nilai sebagai gelanggang home. Cukup-cukuplah Nilai 3 dah jadi milik Selangor maso PKP maghin.

Untuk rekod, SAINS FC dan PIB Shah Alam FC adalah pasukan yang sama-sama layak ke liga M3 pada tahun 2020 sebelum liga M3 dihentikan dan diadakan semula pada tahun lalu. Secara rasmi nya, ini akan menjadi perlawanan pertama antara SAINS FC dan PIB Shah Alam FC. Kedua-dua pasukan tidak bertemu musim lalu atas faktor format sebelum ini yang melibatkan dua kumpulan dan masing-masing berada dalam kumpulan yang berbeza.

Takdo sapo yang nak kalah terutamo bilo bermain di gelanggang sendiri. PIB Shah Alam FC akan turun dengan semangat mencari kemenangan pertama selepas seri bertemu Manjung City FC. Walaupun baru perlawanan kedua, PIB Shah Alam FC sudah tentu tidak rela terus keciciran mata apatah lagi dengan reputasi mereka sebagai juara bertahan.

Jangan khuatir, jangan bimbang. Skuad SAINS FC telah membuktikan mereka benar-benar serius untuk memberi tentangan dalam Liga M3 musim ini. Kemenangan 3-1 ke atas Melaka FC sudah pasti memberi satu moral booster kepda para pemain untuk meneruskan rentak kemenangan. Namun dalam maso yang sama, kito harap para pemain tak terlalu leka dan terbuai-buai diulit perasaan.

Mungkin tak banyak perubahan yang akan dilakukan barisan kejurulatihan untuk perlawanan ini. Gabungan pemain berpengalaman dan pemain muda telah terbukti berkesan dalam perlawanan sebelum ini dan pasti terus menjadi taruhan. Sekadar untuk makluman, penjaring gol kedua SAINS FC yang menjadi bualan di media sosial minggu lalu baru berusia 21 tahun.

Sekali lagi den menyeru kepada semua peminat bola sepak Negeri Sembilan terutama warga Nilai dan sekitarnya untuk turun ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan SAINS FC. Bukan lah kito nak beralih arah kerana kekalahan 7-0, tetapi dengan sokongan kitalah pasukan akan terus bersemangat memberikan yang terbaik. Malahan, namo SAINS ni akan muncul dekat rumah masing-masing setiap bulan.

1, 2, 3, SAINS!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.