September 14, 2024

SAINS FC | Pertahankan Kubu Dari Serangan Armed Forces

1 min read

Saingan MBSB Bank Championship 2023 minggu ini diteruskan dengan perlawanan ke-17 buat SAINS FC menentang Armed Forces FC di STAR Of Paroi. Seri 1-1 di tempat lawan dalam pusingan pertama, SAINS FC kali ini sudah tentu mahu mencatatkan kemenangan di halaman sendiri seterusnya memperbaiki dan mengukuhkan kedudukan ke posisi yang lebih baik.

SAINS FC perlu segera bangkit dari prestasi semasa yang dilihat agak goyah. Dalam tempoh dua bulan ini, SAINS FC telah mengharungi tujuh perlawanan dan hanya mencatatkan satu kemenangan dan dua seri termasuk seri ke atas Armed Forces FC. Ini menyaksikan SAINS FC jatuh ke tangga keenam liga selepas sebelum ini gah mencabar untuk kedudukan kedua terbaik.

Satu lagi aspek yang SAINS FC perlu perbaiki adalah menjadikan halaman sendiri sebagai kubu kuat pasukan. Buat ketika ini, dari tujuh kemenangan yang dicatatkan, hanya tiga kemenangan diperoleh di halaman sendiri dengan satu kemenangan ketika beraksi di Stadium Tampin. Secara keseluruhan pula, SAINS FC telah bermain lapan kali di halaman sendiri di mana mereka seri dua kali dan tewas tiga kali. Ia bukan satu rekod yang baik kerana tidak sampai separuh peratus kemenangan dicatatkan di halaman sendiri.

Bagi pasukan Armed Forces FC pula, mereka dilihat agak struggle apabila tewas untuk empat perlawanan terakhir. Mereka juga tidak mempunyai rekod yang baik ketika beraksi di tempat lawan dengan mencatatkan dua kemenangan dari lapan perlawanan. Namun ini bukanlah bermaksud SAINS FC boleh mengambil mudah cabaran Armed Forces FC. Setiap peluang yang hadir ketika aksi pertemuan nanti perlu digunakan dengan sebaiknya.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.