SAINS FC | Rekod bersih KL Rovers menjadi taruhan
2 min readDebaran kian teraso. Waktu yang ditunggu-tunggu hampir tibo. Perlawanan yang melibatkan pasukan SAINS FC dan pendahulu liga, KL ROVERS akan dilangsungkan malam ini. Selain menjadi pendahulu liga, KL Rovers masih belum tewas dan SAINS FC mempunyai misi untuk menjadi pasukan pertama yang memberikan kekalahan kepada KL Rovers. Sudah tentu aksi yang menarik akan dipersembahkan kedua-dua pasukan pada malam ini.
Untuk perlawanan seperti ini, satu aspek yang den harapkan adalah mutu pengadilan yang berkualiti. Bukan lah mahu berfikiran negatif, tetapi sepanjang menyaksikan MBSB Bank Championship ni, beberapa perlawanan dah den lihat beberapa keputusan pengadil yang tidak wajar atas sebab pengaruh pemain di atas padang. Pengadil perlu memainkan peranan dan bebas membuat keputusan tanpa perlu menghiraukan desakan pemain. Dalam masa yang sama, hal pengadil ni biarlah penyokong yang fikirkan dan para pemain hanya perlu fokus pada aksi di atas padang nanti.
Di pihak SAINS FC, kemenangan minggu lepas sudah pasti menyuntik sedikit sebanyak semangat mereka untuk terus mencari kemenangan. Kita berjaya bangkit dari episod kekalahan di laman sendiri sebelum ini. Den yakin barisan pemain yang akan diturunkan nanti pasti tidak mahu sekali lagi mengecewakan penyokong yang hadir ke stadium dan berusaha sehabis baik mendapatkan keputusan yang positif.
Bertemu KL Rovers juga sebenarnya akan memberi experience yang baik kepada pemain SAINS FC. Sebagai naib juara Liga M3 musim lalu, KL Rovers tampak serius untuk mencabar kejuaraan musim ini apabila membawa masuk ramai bekas-bekas pemain yang bermain di UiTM FC termasuk ketua jurulatih mereka. Menentang pemain yang mempunyai pengalaman bermain di peringkat yang lebih tinggi, ia juga akan menjadi tanda aras kepada pemain-pemain SAINS FC untuk melihat kemampuan mereka mencabar pemain-pemain yang berkualiti tinggi.