April 21, 2025

SAINS FC | Sedia libas Bujang Senang

2 min read

Dua tahun lalu, Sarawak United merupakan pencabar utama pasukan NSFC dalam Liga Perdana 2021 untuk merebut takhta liga seterusnya layak ke Liga Super 2022. Sebagai warga bola sepak Nismilan, den yakin semua masih ingat persaingan kedua-dua pasukan ini yang terpaksa ditentukan pada aksi terakhir musim tersebut. Kemenangan NSFC ke atas PDRM FC mengesahkan kejuaraan liga buat NSFC untuk kito berpesta pada malam tersebut. Kedua-dua pasukan layak ke Liga Super 2022 namun akibat kegagalan mendapatkan lesen kebangsaan, Sarawak United terpaksa akur tersingkir meninggalkan Liga Super 2023.

Kini, Sarawak United akan hadir ke bumi beradat ini bukan lah untuk merebut kejuaraan, namun hadir untuk bertemu antara calon-calon juara MBSB Championshiop 2023 ketika ini, SAINS FC. Walaupun Sarawak United dilihat mempunyai kelebihan dengan pernah beraksi dalam peringkat liga yang lebih tinggi, prestasi Sarawak United ketika ini agak goyah. Sarawak United menang sekali dalam lima perlawanan setakat ini, itu pun ketika bertemu pasukan corot liga. Lebih malang, mereka ketika ini dihimpit dengan isu di luar padang.

SAINS FC perlu mengambil peluang ini untuk terus mendapatkan mata maksimum dan menekan pencabar liga yang lain. Bonus jika mendapat jurang gol yang selesa. Bukanlah mahu merendahkan kemampuan Sarawak United tetapi ketika ini SAINS FC mempunyai lebih kelebihan dari pelbagai aspek. Satu kerugian jika SAINS FC gagal mencatatkan kemenangan ditambah pula bermain sebagai tuan rumah.

Dan secara peribadi, melihatkan prestasi semasa kedua-dua pasukan, den mengharapkan barisan kejurulatihan dapat melakukan sedikit rotation pemain tanpa menjejaskan core player. Bagi den ini penting selepas melihat skuad SAINS FC kadang-kala terpaksa menurunkan pemain simpanan sebagai kesebelasan utama atas isu kecederaan dan penggantungan. Sekurang-kurangnya, jika diberi pendedahan dalam perlawanan seperti ini, pemain-pemain ini mampu menggunakan pengalaman yang ada untuk lebih bersedia jika terpaksa diturunkan dalam perlawanan-perlawanan penting.

Adakah bermain di Stadium Tampin mengurangkan kelebihan SAINS FC? Den raso tak. Pemain-pemain sudah biasa berlatih di atas padang seperti ini. Malah, SAINS FC turut mengadakan satu perlawanan persahabatan minggu lalu di sini. Sudah tentu barisan kejurulatihan sudah mengarahkan para pemain untuk lebih mengenali padang ini dan cepat settle down bila perlawanan dilangsungkan. Jadi, pado warga sekitar Tampin, jom bising-bising dekat Stadium Tampin.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.