SAINS FC | Segera Bangkit Dari Kekecewaan Piala FA
2 min readLiga M3 2023 kini disambung semula selepas terhenti selama sebulan memberi laluan kepada bulan Ramadhan memandangkan banyak venue perlawanan yang digunakan bermain sebelah petang. Menariknya, Liga M3 kini dijenamakan sebagai MBSB Bank Championship 2023 selepas mendapat tajaan dari MBSB Bank. Jadinya, janganlah kau tertanyo-tanyo liga apo ni kalau nampak namo MBSB Bank Championship 2023.
Perlawanan keempat membabitkan pasukan SAINS FC menyaksikan kita akan menerima kunjungan Imigresen FC malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Pertembungan malam ini menjanjikan aksi menarik dengan kedua-dua pasukan masih belum tewas dalam tiga perlawanan dan sudah pasti kedua-duanya tidak mahu rekod bersih tersebut dipecahkan. Dan sebagai tuan rumah, sudah tentu pasukan kita mahu meneruskan rekod bersih tiga kemenangan sebelum ini.
Imigresen FC memiliki rekod yang lebih baik ke atas SAINS FC musim lalu selepas mencatat kemenangan di laman lawan dan seri di halaman sendiri. Mereka juga kini dibarisi pemain berpengalaman seperti Nasriq Baharom, Ferris Danial dan Syamim Yahya serta mendapat sentuhan jurulatih Mat Zan Mat Aris. Di sini pentingnya pemain-pemain berpengalaman untuk membimbing rakan-rakan yang lain supaya tidak terlalu tunduk hormat dan memberi saingan kepada pemain lawan. Malangnya Firdaus Azizul yang seharusnya menjadi tumpuan malam ini kerana menjadi penjaring terbanyak bersama Imigresen FC musim lalu tidak dapat diturunkan kerana menjalani penggantungan.
Jadi siapa yang akan mengambil tempat King sebagai penggempur utama malam ini? Den menjangkakan Fauzi Latiff yang baru pulih dari kecederaan akan diturunkan. Namun semuanya terpulang kepada para jurulatih yang den yakin mempunyai kontingensi plan. Walaupun liga berehat untuk sebulan, para pemain tetap meneruskan latihan dan beberapa perlawanan tertutup dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan. Seharusnya tiada isu dari segi kecergasan dan taktikal telah dirancang untuk bertemu Imigresen FC malam ini.
1, 2, 3 SAINS!