Satu Tumbukan Padu Keudara!
2 min readInternational break dalam bolasepak inggeris kadang-kadang ada bagusnya terutama jika pasukan kau kalah dalam perlawanan terkahir sebelum break. Cuti 2 minggu masa rehat untuk perlawanan liga boleh diisi untuk mengembalikan kecergasan dan merawat kelukaan di kaki dan dihati. Momentum yang lemah sebelum ini boleh bertukar menjadi semangat baru dan terbukti bila United kembali menjadi Manchester United sebenar.
Kemasukan Morgan Schneiderlin di bahagian midfield bergandingan dengan Bastian Schweinsteiger benar-benar menghidupkan jentera tengah United yang selama ini lembab macam setan bila situa Carrick bermain. Jang memang benci dengan Carrick sampai ultrajang.com pernah mengeluarkan satu artikel tentang beliau. Baca di https://www.ultrajang.com/naik-darah-roy-keane-aku/
Bila jentera bahagian tengah berfungsi baik, secara automatik kesemua bahagian akan jadi baik. Herrera berfungsi dengan baik dibelakang Rooney, Martial kembali selesa di posisi kiri padang dengan larian dan gelecekkannya yang merbahaya, Smaling, Darimian Rojo dan Jones tahu membuat kerja dibahaian belakang tanpa gangguan Carrick yang selalu cuba datang membantu tetapi tidak berbuat apa-apa. Tak percaya kau tengok gol Sanchez lawan Arsenal lepas.
Sementara itu, Rooney..ah..begitu ramai dan banyak ulasan mengatakan Rooney sudah tidak relevan. Membara hati Jang membacanya. Semenjak kemunculannya di Old Trafford, belum sekali Jang meragui kehebatan Wayne Rooney. Dia adalah rudeboy yang bersemangat waja. Dia adalah kapten Manchester United. Satu kesalahan besar bila kita meragui kapten The Red Devils walau setahun pun dia tidak menjaringkan gol.
Meletakkan Rooney didalam senarai kesebelasan utama sahaja sudah cukup menggetarkan pasukan lawan. United tanpa Rooney umpama bermain dengan 11 orang Carrick, tidak bertenaga dan pondan. Begitulah pengaruh Rooney dalam padang kepada pasukan lawan dan kawan. Dia berjiwa besar dan sentiasa bekerja kuat. Itu sudah cukup.
Bila Herrera melorongkan bola kepada Rooney diminit ke 62, Jang sudah bangun dan bersedia untuk melakukan satu tumbukan padu keudara. Rooney hanya perlu dua sentuhan saja, pertama mengawal bola yang dilorongkan dan kedua melakukan sepakan sambil berlari yang gagal ditepis Tim Howard. Cakerawala bersinar di Bima sakti melihat jaringan cantik Rooney. Orgasm bolasepak pun memuncak dengan chanting Rooney! Rooney! Rooney! dari penyokong United yang hadir. Ahhh! inilah keindahan bolasepak.
International break boleh menjadikan momentum kembali ke landasan sebenar, tetapi bukan kepada semua pasukan, hatta membuang dan menggantikan jurulatih baru juga tidak menjamin pasukan itu akan menjadi lain.
Nampak?
banyak lagi game tu..panjang lagi
belum boleh sujud syukur rooney..
kahkahkah.lepas geram dulu