April 25, 2024

Selamat Datang Kaki Jersi

2 min read

Tak perlu nak dihebohkan lagi dan den pasti hampir semua rakyat Negeri Sembilan yang mahir dengan media sosial, pakar IT, pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan sudah mengetahui NSFC telah pun menjalinkan kerjasama dengan Kaki Jersi yang bertanggungjawab untuk menyediakan jersi rasmi kepada pasukan Negeri Sembilan dan menjadikan penyokong Negeri Sembilan hensem, kacak, cantik dan bergaya bila memakainya. Jadi belum terlambat raso eh den nak ucapkan selamat datang kepada Kaki Jersi ke tanah buapak bola sepak beradat.

Sebelum bermulanya liga, perihal jersi ni antara perkara yang akan menjadi topik perbualan para penyokong selain pemilihan pemain dan perlawanan persahabatan yang diatur. Cuma tahun ni agak ‘rare’ sedikit memandangkan pasukan perlu beralih kepada pemilikan swasta, makanya pemilihan nama pasukan dan logo turut menjadi buah mulut untuk dibincangkan. Hal logo ni telah pun berjaya disettlekan penyokong tanpa banyak kontroversi manakala untuk jersi pula, pasti semua dah tak sabar menunggu hari esok, hari yang penuh barokah.

Yang tak sempat untuk tergolong dalam 500 orang ni, jangan lah kau risau janganlah kau bimbang, bondo totap ado cumo hargo mungkin sedikit lain tak dapat pulak den nak sahkan. Yolah, kau bayangkan dengan RM99, dapat set box yang di dalamnya ada jersi home, lanyard dan face mask. Face mask sahaja kalau ikutkan, harga jualan antara RM17-RM20, tolak pulak dengan RM99, jatuh RM79 untuk harga jersi dan lanyard. Makanya pendapat den pre-order ni bukanlah maksud Kaki Jersi tidak mampu menampung pengeluaran kuantiti yang banyak, tetapi ia bermaksud untuk 500 orang terawal, kita bagi special offer.

Den berpandangan sejak 2018 bila Negeri Sembilan menggunakan AL Sports(Al-Ikhsan), penyokong lebih mudah untuk mendapatkan akses membeli jersi ori pasukan kerana wujudnya kedai khusus yang menjual jersi. Kalau dulu, den sampai ke Times Square semata-mata nak mencari jersi Liga Malaysia, itu pun tak jual jersi Negeri Sembilan. Dan sekarang dengan wujudnya online store yang disediakan NSFC, seharusnya penjualan barang rasmi pasukan turut menjadi fokus dalam usaha menambah dana pasukan yang sedia ada selain mewujudkan perasaan self-belonging kepada penyokong dalam pasukan. Baru lah sok kau boleh jobo pergi majlis keramaian pakai jersi Negeri Sembilan.

Hal kecantikan design jersi merupakan satu perkara yang subjektif. Abang Tom kau tahun lepas pernah memberi idea untuk membuat satu artikel tentang jersey:top of the list tetapi kami semua bersetuju bahawasanya perkara-perkara sebegini memerlukan satu survey dalam beberapa kelompok supaya ia tidak terlalu biased dan boleh diratifikasikan berdasarkan survey yang telah dilakukan. Masing-masing mempunyai fetish tersendiri, ada yang menyukai baju pasukan kuda belang, ada yang sukakan tema hitam sebagai lambang kebesaran, dan ada pula yang suka baju sukan sekolah.  Yang penting, jersi yang dibeli alah membeli, menang memakai.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.