October 13, 2024

Sembang Bola FMLLP: Satu Realiti

4 min read

Jang selalu melihat kadang-kadang masalah itu bukanlah masalah sangat, cuma sikap kita terhadap masalah itu yang menentukan bagaimana masalah itu menjadi masalah. Mengambil contoh, jika kita tidak tahu apa masalah sesuatu hal itu, kita bertanya. Kegagalan berkomunikasi juga sering menjadikan masalah itu nampak besar, walhal ianya hanyalah teknikal. Menyorokkan masalah dari pengetahuan umum juga satu bentuk masalah yang sangat kuat dengan budaya kita. PBNS, contohnya.

Justeru langkah FMLLP, organisasi yang menjaga liga kita, mengadakan satu sesi Sembang Bola pada Khamis lepas sangat bagus dalam menjadikan komunikasi dua arah sebagai satu platform menjelaskan masalah liga yang berlarutan di media. Jang dan ramai lagi penggiat media sosial (konon!) yang hari-hari bercerita hal bola 24jam mengalahkan Shebby, turut hadir. Jang hadir kerana mahu berita terus dari CEO FMLLP, bukan berita yang telah dibincang, cincang dan kencang dari penggiat media sosial lain. Jang hadir kerana menghormati usaha FMLLP yang mahu berjumpa dan menerangkan segala kekalutan dan masalah yang panas dimedia. Jang hadir kerana selama ini Jang menghentam PBNS yang kedekut maklumat, berahsia dan tidak mahu berkomunikasi dengan penyokong serta bersikap authoritarian. Jadi bila ada pihak yang mengamalkan atau menganjurkan dialog, Jang mesti sokong.

Jadi, apa isi penting yang dibincangkan panjang lebar malam itu? Jang rasa ada yang sudah baca di laman sesawang atau facebook lain tetapi seperti biasa, Jang mengulasnya dari sudut yang lebih sedap. Kannnn? kahkahkah! (Saja nak naikkan spirit sendiri, kau mana tau helah ni) dan Jang menulis khas untuk pengikut ultrajang di FB dan twitter.

  1. Ramai tak tahu, ada pasukan dalam liga tidak mahu siaran langsung diadakan untuk pasukan mereka. Tidak kurang dari 4 pasukan telah menghantar surat penolakan siarang langsung dilakukan kerana bimbang jumlah penyokong ke stadium berkurangan. Hmmmm.. Jang yakin bukan pasukan Selangor tu sebab live atau tidak, penyokong yang hadir ke stadium Shah Alam tetap sekitar 950 orang! Kau agak pasukan mana? Senang je nak cari, kau tengok pasukan mana yang tak pernah ada siarang langsung terus.
  2. Selain faktor penolakan pasukan negeri, kekurangan siaran langsung juga berpunca dari kemampuan penyiar juga. Mereka tidak ada ‘kekuatan’ equipments dan manpower dan faktor ekonomi untuk menghantar team ke 6 stadium dalam satu minggu. Jang rasa part ini masuk akal juga. Siaran langsung tak perlu banyak pun dan Jang tak nampak pun ada syarikat yang beria mahu produk mereka diiklankan sewaktu siarang lagsung di TV kecuali Pamoga. Jika Jang faham (dan tidak silap) apa yang dikatakan oleh CEO FMLLP, 2 faktor ini menjadi punca kegagalan MP&Silva untuk menunaikan janji 6 siaran langsung mereka. Jang rasa, 2 siaran langsung untuk liga Super dan 2 untuk liga Perdana adalah memadai dan nak sedap, pergi stadium la! Kau boleh baca artikel power Jang tentang hak penyiaran ini di:  https://www.ultrajang.com/perihal-hak-siaran-langsung-yang-kau-tahu-nak-marah-saja/
  3. JADUAL PADAT! Jang ada menulis hal ini dulu. infek, Jang menulis semua hal tentang permasalahan bola sepak! Jadual kita sebenarnya tidak padat jika dibandingkan dengan liga lain. Jang dulu kat kampung tiap petang main bola secara kompetitif, sekali pun Jang tak pernah komplen kata penat main bola petang-petang. Oklah, hal jadual padat ini, selepas diberi penerangan secara statistik, data dan maklumat oleh FMLLP, memang tak patut kalau ada pasukan yang masih mahu menyalahkan jadual sebagai punca keletihan. FMLLP memberi kelonggaran mendaftarkan pemain sehingga 30 orang. Pasukan juga boleh menyerap pemain dari pasukan Presiden, Belia dan Liga Bolasepak Ladang 😛 sebagai pemain tambahan. Tetapi kalau masukkan 90 pemain pun, set yang sama juga diturunkan oleh jurulatih pasukan, apa maknanya tu? Mengikut perbandingan statistik yang ditunjukkan juga, Malaysia hanya ada 41 hari saja dalam setahun untuk membolehkan perlawanan bola diadakan, berbanding 50 hari di Thailand. 41 hari ini maksudnya kau dah tolak cuti Raya, bulan Ramadhan, Harijadi Agong, kenduri nenek kahwin, liga AFC, persahabatan kelas A FIFA dan melayan pasukan Liverpool yang sibuk nak panaskan badan di Malaysia. Secara purata, liga di Thailand lebih padat dan liga yang padat menjadikan pemain mereka lebih keras, mental lebih kuat dan itulah punca mereka sekarang berada dikelayakan Piala Dunia. Kau pulak tertanya-tanya kenapa Thailand dah maju. Dah semua manjang nak komplen je setan!
  4. Penswastaan liga pada tahun 2018. – Ini Jang akan ulas dalam satu artikel lain nanti. Percayalah!
  5. FMLLP juga menerangkan visi dan misi mereka, goals, stakeholder, korporat blahblahblah. Ini tidak penting untuk kita peminat bola. Mengikut kata sahabat Jang semasa kami Sembang Lebat di mamak selepas itu, hal korporat tidak menjadi minat penyokong, FMLLP harus lebih pentingkan memikat hati penyokong dahulu, baru boleh tunjukkan goals mereka dalam meningkat mutu liga. ke cane? camtu la lebih kurang kata sahabat Jang tu.
  6. CEO jelaskan semua jenis tohmahan dan fitnah terhadap beliau (dan FMLLP) dan part begini tak payah la Jang share. Hal begini memang jadi mainan dalam persatuan bola sepak dari taman kecik ke persatuan negeri ke FMLLP sampailah ke induknya FAM dan FIFA.
  7. Jang sentiasa betul.

Ada banyak lagi hal kecik besar dikatakan malam itu dan menariknya respons atau timbal balas dari penonton yang hadir malam itu sangat bagus. Soalan-soalan yang ditanyakan semua kritikal dan bernas. Kalau tak salah, FMLLP akan buat lagi sesi Sembang Bola ini diluar Lembah Klang pula. Jadi jika ada sesi ini di tempat kau, eloklah hadir supaya boleh diberi penerangan dan pemahaman serta kau juga boleh bertanya biar jelas. Jang secara peribadi mahu FMLLP diberi peluang dahulu mencorakkan liga kita. Ini adalah musim pertama mereka dan kau takkan tendang budak yang baru nak belajar merangkak, kan?

Hanya ada satu hal yang Jang benar-benar terkilan dan kecewa malam itu, dari Seremban Jang berkayuh dalam hujan, ejas la makan sedap sikit. Tapi bila CEO kata nak belanja RM2 pun perlu working paper tebal, Jang telan jugak la. Malam tu Jang sampai Seremban sekitar 2 pagi dan singgah ke Pelita Nasik Kandar untuk redakan kemarahan perut Jang. Kebetulan ada pula Lan Romper dan seorang jurulatih Felda UTD dan kami pun Sembang Lebat hal pembangunan bola sepak dan ada banyak hal menarik untuk Jang kongsikan nanti. Kau tunggu!

hmmm..sampai jam 3 pagi Jang berbual hal bola, punya la real penggiat bola sepak media sosial!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.