Siapa kalahkan Negeri Sembilan?
3 min readEntah jembalang malaun mana yang bertanggungjawab merencanakan kegagalan pasukan Negeri Sembilan musim ini (dan musim-musim sebelumnya) Tak mungkin pula tiada siapa yang bersalah. Takkan tiap-tiap musim salahkan pemain sedangkan pemain ditukar setiap kali kegagalan berlaku. Tak mungkin pula salah penyokong yang kekal setia turun ke stadium memberi sokongan. Paling teruk, takkan kita nak biarkan semua lepas tangan, kemudian bersiul menunggu musim baru tiba. Masih kekal dan tidak dipersalahkan setakat ini adalah pengurusan tertinggi PBNS. Mungkin sudah sampai masanya kita berdoa kepada Tuhan agar segera menjatuhkan hukuman kepada mereka.
Siapa pula yang seronok ‘sensorang’ melihat kekalahan pasukan Negeri Sembilan di Darul Aman? Kemon la! Kalah 2-1 atau 1-0 masih boleh diterima akal bola sepak Jang. Sampai kenduri gol 5-0, takkan semua buat-buat muka ‘guilty’ pulak dan paling setan, artikel di laman sesawang PBNSRasmi kata ‘kelayakan ke peringkat suku akhir adalah satu kejayaan yang sudah memadai’, Kau makan apa? Baik kenselkan saja game Darul Aman sebab dah layak. Tak payah orang susah payah bazirkan masa dan wang ke sana.
Jurulatih Gary Philips
Apa permainan mamat ni? Selepas 2 perlawanan menggunakan khidmat Kahar untuk menjaga gawang Negeri, dia turunkan pula Syed Adney di Darul Aman. Semasa pusingan pertama suku akhir di Paroi, Kahar telah bermain cemerlang menyelamatkan gawang Negeri dari dibolosi dan keputusan 0-0 adalah buktinya. Gary Philips tak adakah pada malam itu? Gary Philips tak ada statistik ke berapa banyak gol Syed Adney dah sumbang kepada pasukan lawan? Gary Philips tak nampakkah gaya Syed Adney ‘menangkap’ bola? Gary ini kabarnya akan menjadi mangsa seterusnya ‘permainan’ Exco tertinggi PBNS. Beliau mungkin dipecat. Diberitakan pula, sebelum ini, tindakan Gary berjumpa dengan sekumpulan peminat (iteww) mendapat reaksi kurang senang pengurusan PBNS.
Syed Adney
Oh Tuhanku! Oh Tuhankuuuuuuuuuuu! Untuk pertama kali Jang kehilangan kata-kata ‘indah’ untuk seorang pemain. Jang melihat highlights dan video perlawanan bagaimana Syed Adney melepaskan gol. Jang terajang meja, Jang terajang kucing yang tak bersalah, Jang smackdown Pak guard yang biasa angkat tangan dengan Jang bila nak keluar dari kawasan perumahan, Jang bukak kamus Dewan Scotland yang kaya dengan kata-kata maki, tapi Jang masih gagal untuk memaki. Kenapa? Orang kata kalau kau terlalu marah, kau akan kehilangan kata-kata. Jang rasa betul.
Kita selalu melihat dan membaca kisah-kisah agung penjaga gawang beraksi super cemerlang dalam perlawanan penting demi pasukan. Apabila pasukan bermain kurang cemerlang dan hanya tinggal penjaga gawang sebagai benteng terakhir, mereka beraksi diluar batasan manusia. Mengambil contoh Peter Schmeichel semasa perlawanan ulangan separuh akhir Piala FA musim 1998/99 bersama United menentang Arsenal. Ketika itu Kapten berwibawa, Roy Keane telah pun dibuang padang kerana mendapat kad kuning ke 2 dan Arsenal mendapat tendangan penalti. Kedudukan semasa ketika itu 1-1. Schmeichel menjadi lagenda apabila tendangan penalti Bergkamp berjaya diselamatkan. Ketika Beckham datang mahu memeluk Schmeichel, beliau ditolak keras oleh penjaga gawang itu dan mahu Beckham terus bermain untuk mendapatkan gol. Nama Peter Schmechel terus diingati sebagai lagenda.Juga beberapa nama besar lain, baik luar negara atau tempatan dalam aksi luarbiasa mereka menjaga gawang.
Jang kecewa dengan Syed Adney tetapi menyalahkan beliau 100% juga tidak adil. Tapi…gaya nak menangkap dan tak menangkap bola tu..kemon la. Kenapa Kahar tidak diturunkan? Adakah beliau cedera? Tetapi jika cedera, siapa duduk dibangku simpanan menjadi penjaga gawang kedua?
Penyokong
Takkan salah penyokong pulak? 5 bas dan 2 van berkayuh 500KM ke utara demi Negeri dan akhirnya setiap sebuah bas membawa pulang masing-masing 1 gol. Jang salute barisan penyokong Negeri yang kental dan kemanosajo untuk Negeri. KlasiKKK!
Jang ucapkan tahniah untuk pasukan Kedah kerana bermain bagaikan juara. Juga kepada ribuan penyokong mereka yang sporting.
Persatuan
Adakah kekalahan Negeri sebenarnya dirancang licik oleh persatuan sendiri? Ada khabar angin mengatakan skim gaji dan bonus kemenangan menjadi punca tidak puashati sesetengah pemain. Tapi kalau setiap kemenangan dapat bonus, kenapa mereka tidak berusaha untuk menang? Adakah bonus lambat masuk untuk kemenangan-kemenangan sebelum ini? Kau tunggu!
Ada pendapat mengatakan, dah kalah-kalah la..ini salah. Habis kau nak biar la kekalahan ini berlaku terus menerus lagi 5 musim? Sikap begini lagi mudah la ‘orang-orang’ tertentu buat kerja (atau tak buat kerja) Kau ingat dapat makan cekodok bawah pokok dan tak diganggu MPS dah kira sedap dan aman? Kalau macam tu, lambat lagi la Negeri Sembilan nak berkembang macam negeri lain, baik dari segi bola, politik, ilmiah, seni dan ekonomi.
Jangan sampai Jang bercakap hal politik!