April 19, 2024

Siapa letak M pada Malaysia?

2 min read

Kau tak payah bukak buku sejarah nak cari jawapan ni. Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim yang kenal Malaysia bagai belakang tapak tangan dia pun takkan jumpa jawapannya. Hal ini diluar kotak sejarah Malaysia dan berlaku diluar negara. Ianya dirancang penuh rahsia selama bertahun-tahun tanpa pengetahuan rakyat biasa mahupun ultras Malaya.

Maulensteen adalah jawapan kepada bolasepak Malaysia.

Anak didik Alex Ferguson ini adalah calon paling berwibawa setakat ini untuk melatih kembali Harimau Malaya menjadi binatang yang liar dan berkuku. Sudah penuh ilmu bolasepak diisi kedalam dadanya oleh Pak Alex untuk diterjemahkan oleh skuad Harimau Malaya ke dalam padang. Sudah cukup senarai pemain ternama yang pernah dilatihnya termasuk Cristiano Ronaldo, kini Maulensteen akan menurunkan ilmu bolasepak yang sama kepada Azidan, Alex dan Amri Yahyah.

Inilah usahasama Manchester United dan Malaysia selama ini yang tidak diketahui umum. Kerjasama rahsia ini terjalin sewaktu Manchester United berkunjung ke Malaysia dahulu untuk perlawanan pra-musim berkualiti. Ini membuktikan kedatangan pasukan Manchester United ke Malaysia bukanlah sia-sia, membuang duit atau menjahanamkan bola Malaysia tetapi lebih kepada membantu. Hal macam ini jangan diharap dari pasukan lain, Liverpool misalnya yang datang hanya untuk memunahkan semangat bolasepak Malaysia.

FAM tidak perlu pusing kepala lagi. Boateng, Bojan atau Desailly bergabung pun tidak mampu menandingi ilmu bolasepak Maulensteen yang dihirup dari dada Alex Ferguson. Jika mahu Harimau Malaya kembali disegani ngaumannya, Maulensteen adalah jawapannya. Jika mahu Harimau Malaya bermain indah bagaikan Manchester United, Maulensteen tahu kaedahnya. Maulensteen adalah Malaysia!

Tapi kalau FAM pilih Bojan Hodak jugak, tau la Jang nak memakinya siang malam.

0Shares

3 thoughts on “Siapa letak M pada Malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.