Siapa tolak Negeri Sembilan sampai nak jatuh kawan tu ke liga Perdana?
3 min readMalam semalam Jang turun ke stadium Paroi untuk melihat aksi pertemuan diantara Negeri Sembilan menentang PKNP FC. Sesampai Jang di perkarangan stadium Paroi, Jang jadi pening dan keliru, dimana Jang nak park kereta ni? Sekejap Jang masuk dilorong no.1, kemudian rasa tak selesa, Jang reverse semula dan parking di lorong tengah. Sekali lagi hati Jang rasa tak sedap, Jang masuk pula parking dekat tandas MPS, pun tak sesuai juga rasanya. Jang keliru sebab parking kosong melambak sangat, sampai tak tahu mana satu pilihan hati. Itulah petanda awal bola sepak kita hendak kembali.
200 orang sahaja yang berjaya hadir malam tadi. Jang buat open house pun cecah 400 orang kehadiran tetamu. Apapun sekalung tahniah buat peminat tegar bola sepak Negeri Sembilan yang hadir. Inilah yang akan turun walau di liga mana pasukan Negeri Sembilan bermain. Yang lain, mungkin sibuk dengan open house masa tambahan 30 minit sebelum penalti. Jang yakin, 90% dari mereka yang hadir malam semalam mengalami perasaan yang sama dengan Jang, iaitu, what the fuck am i doing here? Menariknya apabila jumlah kehadiran stadium hampir kosong ini ialah, apabila kau memaki, satu stadium boleh dengar suara kau dengan jelas. Memang solid!
45 minit separuh masa pertama begitu menyeksakan jiwa dan raga. Masa berjalan begitu perlahan, bagai ada jembalang yang menahan jarum minit dari berpusing. Atas padang, tiada yang menarik untuk diulas, kedua pasukan saling tidak membuat percubaan kegawang lawan. Tidak juga menguasai permainan dan tidak juga cuba mencipta kelainan. Semuanya tidaklah. Jadi apa yang Jang nak tengok atas padang? Jang tengok ada penyokong yang main Candy Crush. Steady betul.
Persoalannya, siapa yang bertanggungjawab menolak pasukan Negeri Sembilan sehingga kita akan jatuh semula ke liga Perdana? Jang ada jawapan tepat tetapi memandangkan kau semua tak nak percaya cakap Jang, maka Jang simpan dulu. Bukan Jang tak tau masih ada yang anggap semua ini berpunca kerana Negeri Sembilan buang Azraai Khor. Croatia dah masuk final Piala Dunia, kau masih belum move on dan anggap jurulatih yang tidak ada pasukan lain mahu, tidak melatih sebarang pasukan selama 3 tahun dan kalah 5 perlawanan berturut-turut itu mampu mengubah corak dan gaya permainan pasukan kita? Bola sepak apa yang kau anuti selama ini? .
Statistik adalah kiraan matematik dari pengumpulan data, analisis, interprasi dan penyampaian data. Dalam kes bola sepak, ianya agak mudah. Kira berapa perlawanan, berapa kita menang, kalah atau seri. Berapa bolos, berapa kita jaringkan gol. Siapa kutip kad dan sebagainya. Ianya bukan roket sains. Bob Kebab pun tahu hal statistik dan guna statistik dalam kiraan jumlah kebab vs jumlah penyokong. Statistik diguna pakai dalam semua pasukan didunia ini termasuk perlawanan melibatkan kanak-kanak berumur 7 tahun. Dunia yang tidak menggunakan statistik, adalah dunia orang yang lemah matematik.
(Afkos, Jang sedang meroyan dan sesekali lepas geram..khennn!)
Nway, dalam 45 minit pertama semalam, memandangkan takda benda yang lebih tidak berfaedah nak buat, Jang sempat termenung, mengenang nasib diri dan pasukan. Dimanakah salah dan silap pasukan sehingga kalah 13 dari 19 perlawanan? Apo sako eh laie yang masih duduk dalam pasukan Negeri Sembilan sehingga tiada dukun atau pawang yang mampu mengubatkan. Siapa penyumbang terbesar kekalahan ini? kenapa terlalu besar jurang kekuatan pasukan lain berbanding pasukan kita? Mengikut rekod (statistik) kita pernah memberi saingan hebat kepada pasukan liga Super pada musim lepas, dalam saingan Piala FA dan Piala Malaysia dan semasa itu kita bermain di liga Perdana sahaja. Kenapa apabila kita diangkat naik ke liga Super, kita terkangkang?
Hmmm.. maka tidak silaplah jangkaan orang luar bahawa pasukan kita ini hanya layak bermain di liga Perdana sahaja. Mereka suka dan menang dalam jangkaan mereka dan yang menjadikan kenyataan mereka ini benar tidak lain dan tidak bukan adalah pasukan kita sendiri.
…dan apabila pasukan kita jatuh, adakah kita ketawa bersama-sama dengan orang lain? Dan kita dengan nada angkuh berkata; “itulah…aku dah cakap, blablabla” atau “Mampuslah kau!” atau “Siapa la yang masih bangang sokong Negeri Sembilan ni?” atau, paling teruk “Kalaulah TokMat masih ada…” OhTuhanku!
Jang juga diberitahu, sudah terdapat gerakan melobi dan menunjukkan diri dalam usaha merebut jawatan Presiden PBNS dalam kongres akan datang. Memandangkan jawatan tersebut terbuka kepada sesiapa sahaja, maka Jang dengan ini secara rasmi ingin bertanding jawatan presiden. Selain mempunyai manifesto yang solid, Jang juga tidak mahu jawatan itu tidak dipertandingkan, sama seperti bagaimana Datuk Hamidin memenangi jawatan Presiden FAM, seperti TokMat menang DUN Rantau dan sama seperti ramai pemimpin lain sebelum ini.
Jadi, apakah kriteria yang perlu ada pada seseorang itu jika mahu bertanding jawatan Presiden? Nanti Jang ulas dalam artikel akan datang.