December 11, 2024

Singapora di-langgar FAM

3 min read

Berita Singapura atau LIONS XII dilanggar FAM dalam meshorat yang diadakan malam tadi menjadi buah mulut peminat bolasepak tempatan dan juga di Temasik. Ianya satu berita gembira buat peminat tempatan yang entah kenapa bencikan sangat dengan kehadiran pasukan Lions XII bermain didalam liga Super.  Mengikut kertas siasatan Jang, bookie memang ramai di Singapura tapi bapak saudara bookie ada di negeri…uhukhukhuk.

Sebenarnya Jang pun tak berapa pasti kenapa FAM tidak lagi mahu kemasukan Singapura kedalam liga Super dimusim depan. Jang juga tak berapa pasti apa kelebihan dan kekurangan Singapura didalam atau tidak termasuk dalam liga. Nuor Muso kata kelebihan buat pasukan Kelantan ialah tak perlu lagi travel ke Singapura. Pitih pun takdok, ye tak?

Juga tidak perlu lagi bermain dipadang tiruan, tambah Nuor Muso. Entah kenapa padang tiruan selalu menjadi satu isu besar kepada pemain kita. inilah yang selalu Jang katakan dalam peribahasa bola; ‘lain padang, lain belalai’. Mengikut kata Nuor Muso lagi, Singapura sepatutnya menghantar pasukan The Young Lions, bukan pasukan senior Lions XII sepertimana Malaysia menghantar pasukan Harimau Muda bermain diliga sana. Semua ini teknikal lah.

Pada pendapat Jang, ok je kalau Singapura atau Brunei dibenarkan bermain dalam liga Super. Siapa nak main, kasi main la asal mereka masih berkiblatkan peraturan FAM, AFC dan FIFA. Sepatutnya pasukan yang tidak dibenarkan bermain liga Super adalah pasukan yang tidak membayar gaji pemain mereka. Benda macam ini pun FAM tak boleh fikir, takkan nak harap Jang aje fikir seorang?

Sebut pasal peraturan FIFA, padang tiruan dan tidak membayar gaji pemain, semua pakej lengkap ini ada pada Pahang. Selain kuat merungut apabila bermain dipadang tiruan, Pahang juga didenda potong 6 mata kerana tidak membayar gaji pemain import mereka, Borji. FIFA telah menghantar 3 surat kepada Pahang FA bertanyakan hal Borji tetapi tidak dibalas. Hmmm..biasa la tu. Agaknya Pahang FA selalu ingat FAM tu dia punya dan FAM ingat FIFA tu saudara dia. Dulu masa zaman Sepp Blater boleh la, sekarang FIFA dah telus….

Kehilangan 6 mata mengakibatkan kelayakan Pahang ke piala AFC terkubur dan digantikan dengan pasukan Selangor. hmmm..ini memalukan. Ramai betul pemain bolasepak Malaysia ini tidak dibayar gaji rupanya. Jang akan senaraikan nama pemain yang tidak dibayar gaji nanti untuk rujukan kaki maki. Yelah, kalau mereka tak dapat gaji, kita jangan la maki bila mereka bermain serupa setan. Senarai pengurus pasukan yang tidak membayar gaji juga kita siarkan untuk kita maki secara berjemaah nanti. KECUALI NUOR MUSO (capslock tuuu)

Singapura takda musim depan, Pahang kene denda dan Selangor layak ke AFC atas tiket kesusahan pasukan lain, apa lagi? Ada! Kuala Lumpur diselamatkan dari bermain di liga FAM dengan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh sebuah pasukan (ATM atau T-Team) yang akan naik keliga Super menggantikan Singapura. puii! imuniti ala gegar vaganza betul! Macam MLM pun ada. Taulah Kuala Lumpur nasib mereka bila diratah oleh Melaka United nanti. Masa tu mungkin mereka rasa bermain diliga FAM lebih sesuai. Hahaha. rilek KL, Jang bergurau aje.

Hal turun naik liga yang ditentukan oleh FAM ini bukan sekali dua berlaku. Konsep liga juga pernah diubah oleh FAM sebanyak 2 kali demi menyelamatkan pasukan Pahang dari tersingkir ke division dua lama dahulu. Masa tu rodong semua belum pandai lagi menyanyi gulung tangan dalam stadium.

Sementara itu, pasukan bolasepak beradat telah kembali menggunakan nama keramat Negeri Sembilan selepas semusim menggunakan nama NS Matrix. Inilah berita bolasepak paling menakutkan musuh-musuh Jang.

Hal pasukan keramat ini akan Jang ulas dalam satu post eksklusif nanti. Tunggu!

0Shares

5 thoughts on “Singapora di-langgar FAM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.