March 27, 2025

Statistik pasukan NSFC dalam pusingan pertama Liga Premier 2021

1 min read

Tahukah anda?

Antara statistik pasukan NSFC untuk 10 perlawanan sepanjang pusingan pertama Liga Premier 2021.

1. Telah menjaringkan 16 gol dengan purata 1.6 gol untuk 1 perlawanan. Dari 10 perlawanan ini, hanya sekali NSFC gagal mencatatkan jaringan gol ketika bertemu Kuching City FC.

2. Melepaskan 9 gol dengan purata 0.9 gol untuk 1 perlawanan. Walaubagaimanapun, 4 clean sheet telah dicatatkan.

3. 23 kad kuning dan dua kad merah(kedua-duanya kesalahan menerima kad kuning kedua) telah dilayangkan. Hanya 1 perlawanan sahaja menyaksikan tiada layangan kad diberikan kepada pemain NSFC.

4. Dari 24 pemain yang didaftarkan pada awal musim, hanya Javabilaarivin tidak mendapat minit permainan.

5. Hanya Fernado Barbosa dan Rafael Gomes telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam setiap perlawanan manakala Zamri Pin Ramli dan Barathkumar juga telah beraksi dalam kesemua perlawanan baik sebagai pemain utama atau pun pemain gantian.

6. Fernando Barbosa memiliki minit permainan yang paling banyak selama 874 minit. Secara keseluruhan, Fernando telah bermain 90 minit untuk setiap perlawanan kecuali digantikan ketika bertemu Kelantan United FC.

7. Jang sentiasa betul.

8. 45 pertukaran pemain telah dilakukan sepanjang perlawanan pusingan pertama ini.

9. Termasuk Javabilaarivin, Raja Imran Shah, Selvan dan Aliff Romli adalah pemain yang tidak pernah diturunkan sebagai kesebelasan utama.

10. Rekod Akono adalah yang paling tinggi untuk jaringan gol, bantuan gol dan penerimaan kad kuning dalam kalangan pemain NSFC.(6 gol, 3 bantuan gol dan 5 kad kuning)

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.