May 21, 2024

Statistik pemain NSFC pusingan 1 Liga Premier 2021 (Bahagian 1)

2 min read

1. Kaharudin Abdul Rahman (Penjaga Gol)

Menjadi pilihan K. Devan untuk tiga game pertama dan secara keseluruhannya telah bermain selama 270 minit. Tidak pernah mencatatkan clean sheet setelah bolos satu gol ketika bertemu JDT II dan Selangor sebelum melepaskan dua gol ketika bertemu TFC II. Cemerlang membantu NSFC mempertahankan kedudukan ketika bertemu JDT II, adakah kesilapan memberikan gol mudah terutama ketika menentang TFC II menjadi punca Kahar direhatkan seketika?

2. Muhaimin Mohamad (Penjaga Gol)

Mula beraksi ketika bertemu Perak II pada perlawanan keempat dan terus memegang posisi penjaga gol untuk perlawanan seterusnya sehingga kecederaan ketika menentang TRW Kelantan memaksa Muhaimin dikeluarkan seawal minit ke-18. Easy game untuk dua perlawanan pertama menentang Perak II dan Skuad Projek FAM-MSN, Muhaimin menyelamatkan sepakan penalti pada aksi ketiganya ketika menentang Kuching City untuk merekodkan tiga clean sheet secara berturut. Walaupun Muhaimin melepaskan tiga gol ketika bertemu Kelantan United dan turut menerima satu kad kuning pada perlawanan yang sama, aksinya ketika itu mendapat pujian abang Tom. Mungkin abang Tom tak kisah Allison melepaskan banyak gol dalam satu perlawanan, janji boleh score header. Secara keseluruhan, Muhaimin telah beraksi selama 378 minit.

3. Damien Lim (Penjaga Gol)

Kecederaan Muhaimin seolah-olah satu rahmat buat Damien Lim apabila keadaan tersebut memaksa K.Devan melakukan pertukaran penjaga gol ketika menentang TRW Kelantan. Kemasukannya diragukan sesetengah penyokong ditambah pula melepaskan satu gol pada perlawanan tersebut. Walaubagaimanapun, Damien terus diberi kepercayaan pada perlawanan menentang Sarawak United dan PDRM FC. Melepaskan satu gol ketika menentang Sarawak United, Damien membalas kepercayaan K. Devan pada perlawanan menentang PDRM FC dengan aksi menyelamat sehingga memperoleh clean sheet pada perlawanan tersebut dan mendapat pujian K. Devan. Secara keseluruhan, Damien telah beraksi selama 252 minit.

4. Aroon Kumar (Pertahanan)

Pemain yang pulang semula ke Negeri Sembilan setelah berkelana ke PJ City. Tujuh kali beraksi sebagai kesebelasan utama dan tidak pernah masuk dari bangku simpanan. Dari tujuh perlawanan, empat perlawanan menyaksikan Aroon bermain penuh 90 minit membolehkan Aroon mengumpul 513 minit permainan. Aroon menyumbangkan satu assist ketika bertemu Kelantan United apabila hantarannya ditanduk Akono untuk gol kedua NSFC namun masih gagal membantu NSFC memperoleh keputusan positif pada perlawanan tersebut.

5. Danial Hadri (Pertahanan)

NSFC boleh dikatakan melakukan total overhaul musim ini apabila memasukkan ramai muka baru tetapi Danial antara pemain yang terselamat dari disingkirkan dan dikekalkan dari musim lepas walaupun tidak beraksi sebagai pemain utama. Boleh dikatakan Danial mengalami nasib yang sama musim ini apabila hanya beraksi untuk dua perlawanan namun kedua-duanya diturunkan sebagai kesebelasan utama. Diturunkan ketika bertemu Kuching City(dikeluarkan pada minit ke-60) dan TRW Kelantan(dikeluarkan pada minit ke-61). Secara keseluruhan, Danial Hadri beraksi selama 121 minit.

Bersambung……

Kredit gambar : FB NSFC

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.