December 11, 2024

“study balik tactic Klopp di BVB”

3 min read

*Sepatutnya post semalam tapi hujan.

Sepanjang perlawanan diantara Liverpool menentang Crystal Palace malam tadi Jang asyik teringat beberapa perkara penting dalam sejarah bolasepak. Teringat tentang Crystanbul, apabila Crystal Palace buat comeback dan seri 3-3 dengan Liverpool yang mengakibatkan harapan Liverpool menjulang piala liga inggeris hancur. Teringat Luis Suarez menangis bercucuran airmata dan tak terpujukan lagi dan paling terngiang-ngiang bak berkokok ayam adalah “study balik tactic Klopp di BVB”.

Sepanjang perlawanan juga Jang perhatikan Crystal Palace bermain begitu yakin. Adakah mereka selalu begitu atau adakah kerana lawan mereka Liverpool? Mereka bermain pantas dari mula wisel ditiupkan. Alan Pardew tahu taktik yang perlu digunakan adalah bermain laju dan membuat pemain Liverpool yang letih menjadi tidak bermaya. Perlu diingat! Liverpool baru sahaja balik dari Rusia menentang Rubin Kazan dalam piala separuh elit, Europa League. Taktik ini mudah dan berjaya.

Hal taktikal ini bukan makanan Jang. Macamanapun, Jang kunyah juga walau rasanya kurang sedap. Bila mengunyah benda tak sedap ni, faham-faham sajalah.

Taktikal ini asasnya adalah satu strategi menandingi pihak lawan samada dalam bolasepak atau perang yang melibatkan peluru dan bom. Kepada orang-orang yang lemah fundamental bolasepak (pehh! first time guna perkataan fundamental) mereka akan menganggap taktikal adalah satu wahyu yang tak terlawan dan immortal. Ini satu kesalahan basic. Taktikal boleh jadi apa saja, samada ianya sangat kompleks atau bagai minum air.

Dalam kebanyakan permainan bolasepak, taktikal diajar ketika latihan tetapi apabila masuk kedalam padang, jadi kelam kabut. Ini biasa. Tak percaya kau kaji satu-satu ulasan kebanyakan jurulatih selepas kalah dalam satu-satu perlawanan. Baik dari jurulatih ternama dunia atau tempatan.

“pemain tidak mengikut arahan yang diberikan” – ayat biasa ni..

Taktikal juga bukan terletak sepenuhnya pada bahu jurulatih. Pemain juga memainkan peranan samada berupaya merealisasikan ajaran atau tidak. Contoh terbaik apabila ditanya kepada Azraai Khor (ketika dia menghadiri majlis BBQ bersama penyokong) bagaimana corak permainan pasukan Negeri Sembilan yang sentiasa tidak stabil, beliau berkata;

“saya dah latih mereka, saya dah tunjukkan video-video permainan kelab ternama dunia dan mengajar taktikal tetapi apabila masuk kedalam padang, semua tak mampu nak buat, hatta nak ingat semua ajaran juga mereka tak mampu”

Taktikal seseorang jurulatih bukan penentu kemenangan kepada mana-mana pasukan. Klopp berjaya di BVB kerana corak yang diterapkannya bagus dan dapat dilakukan dengan baik oleh pemain. Klopp ada Lewandowski pada masa itu dan selepas Lewandowski masuk Bayern, BVB terpesorok ke bawah liga. Salah BVB jual Lewandowski atau salah taktikal Klopp? Adakah jika Klopp membawa corak latihan dan taktikal yang sama ke Liverpool maka Liverpool akan power bersama Lewondobenteke?

Boleh jadi ya atau boleh jadi tidak.

Jang berkesempatan melihat Brian Clough semasa beliau menjadi jurulatih Notingham Forest dan membaca beberapa buku tentang beliau. Brian Clough dun give a damn about tactics. “”you get the ball, you pass it to a red shirt, son” – ayat dia yang biasa digunakan sebelum memaki kalau pemain tidak berjaya melakukannya. Semua department mesti solid dan faham tugas masing-masing. Inilah kepercayaan yang sama digunapakai oleh Sir Alex Ferguson. Menggunakan taktik sepenuhnya tidak menjamin kemenangan.

Maurinho dan Chelsea adalah contoh terbaik bagaimana taktikal mereka sudah lapuk dan tidak lagi berguna. Ranieri dan Leicester pula adalah contoh terbaik untuk gabungan taktikal mantap bersama pemain mantap. Tetapi tidak bermaksud jika Ranieri kembali semula ke Chelsea, pasukan Chelsea akan kembali mantap. Sebab Chelsea sendiri adalah sebuah pasukan lemah. Begitu jugalah dengan Liverpool.

Mengunyah lama-lama tapi tak ditelan makanan ini boleh sakit rahang dibuatnya. Begitulah menulis artikel ini, serupa gampang penatnya! mampus Jang taknak cerita hal taktikal lagi. Kalau mengutuk tadi, 10 minit je siap.

0Shares

12 thoughts on ““study balik tactic Klopp di BVB”

  1. Ibarat Taktikal Kloop ini seperti

    ” Mencurah air ke daun ke keladi, engkau minum, naik gatal seluruh badan”

  2. Mana budak yang suruh kaji taktikal kulop masa kat BVB kelmarin? Hah kau kunyah taktikal ni lepastu telan dengan elok. Ingat baca bismillah dulu.

      1. Bagus ada yang counter, meriah sikit ada pelbagai sudut pandangan. Artikel pun jadi banyak aku pun jadi syok nak baca.

    1. Engkau tengok dia sendiri dah ulas kelemahan Liverpool waktu tu sebab baru lepas berjuang dan menang melawan Rubin Kazan di Russia.

      Ulasan gua pulak pada orang yang tak memandang taktical sebagai suatu strategi adalah kerana sifat sebenar peribadi beliau sendiri yang sememangnya ,lemah akal ,tidak progresif dan berdisplin.

      Mungkin jugak disebabkan pengalaman main ikut sedap kaki beliau semasa diwaktu sekolah rendah dulu dijadikan sandaran dalam berhujah. Kalau perfomance seorang pengurus itu tidak penting, kenapa perlu di terajang David Moyes ? Apakah kerana player M.U terlalu bangang ketika itu ?

      Aku yakin formula main ikut sedap kaki Jang ni memang telah lama menjadi barah dalam bola sepak Malaysia. Aku jugak percaya bahawa sikap Jang ni lah yang menyebabkan beliau hanya layak bermain untuk sampai ke tahap sekolah rendah saja.

      Memang ya tak dinafikan bahawa faktor kebolehan pemain juga memainkan peranan penting.Bukan saja kebolehan ,malah disiplin itu jugak penting. Seorang pengurus yang baik dia sepatutnya berkebolehan untuk semua perkara, termasuk memberi suntikan motivasi ,dan mengatur strategi berkesan.

      Dah lah, aku malaih cerita panjang-panjang, aku takut Jang tak paham.

      1. faham.memang ada saling kerjasama,positive dan negative.macam buat artikel dan dapat komen.kalau semua saling bersetuju, apa yang sedapnya?kalau kau tak setuju dan beri komen dan pendapat kau,maknanya kita semua ok.kau ok,Jang pun ok. ultrajang.com suka tindakbalas dan komen dan kadang2 memang sengaja menulis artikel berat sebelah sebab nak tengok respons. kalau takda sapa bagi respons, itu tanda bolasepak kita teruk.

        ni kau dah beri komen, apa maknanya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2024.