April 21, 2024

Tuhan Selamatkan Baginda Ratu!

3 min read

Apalah ertinya Piala Dunia tanpa kehadiran pasukan England. Bagaikan pantai tiada penghujung, serinya hilang, ombaknya pula sumbang. Hmmm.
 
Pasukan England 2018 adalah bayangan kepada pasukan yang pernah sampai ke peringkat separuh akhir Italia 90. Maso tu kau semuo halus benar lagi. Domam kuning pun tak habis lagi hilang dari badan. Jadi izinkan Jang bercerita sedikit tentang pasukan England. Bukan apa, ada pengajarannya yang kita semua boleh ambil dan jadikan iktibar.
 
England semasa era liga division 1 pada tahun 80an sehingga 1990 masih lagi suci dari limpahan pemain import. Hampir 90% pemain sesebuah kelab di England dibarisi oleh anak jati bangsa Inggeris. Pemain negara luar mungkin ada dalam 3 ke 4 orang sahaja, itupun entah macamana mereka boleh sampai ke tanah Inggeris. Gaya permainan pada masa itu keras memanjang. Tackle dari belakang masih belum dikira satu kesalahan besar, apatah lagi tackle paras lutut. Dengan kata lain, mereka bermain bermati-matian, kasar, bloody and conqueror, sesuai dengan sifat lelaki Inggeris yang suka menakluk negara orang lain.
 
Jang tau la sebab Jang layan Road To Wembley kat RTM masa tu.
 
Semasa itu,  memilih pemain untuk mewakili England amat mudah kerana lambakan pemain tempatan yang ramai. Mereka juga sudah lasak dengan liga mereka yang agak kompetitif (secara fizikal). Namun pemain ternama dan terpilih sudah tentu datang dari pasukan yang kuat seperti Tottenham Hotspurs, Nottingham Forest dan errmm.. Aston Villa. Semasa England layak ke pentas akhir Piala Dunia 1990 yang berlangsung di Itali, skuad England dibarisi pemain emas seperti Gary Lineker (Spurs), Gazza (Spurs), David Platt (Aston Villa), John Barnes (Liverpool), Bryan Robson (Manchester United), Peter Beardsley, Chris Waddle, Paul Parker, Des Walker dan ramai lagi lah. England juga masih mengekalkan Peter Shilton sebagai penjaga gawang mereka.
 
Pasukan ini layak sehingga ke perlawanan separuh akhir bertemu Jerman Barat dan selepas tamat masa permainan, kedua pasukan seri 1-1. Masa itu Gazza sebagai pemain tengah yang berkarakter bengis bermain sepenuh hati tanpa mengenal erti putus asa. Dia memastikan bahagian tengah England berada dalam keadaan selamat. Lagaknya bagaikan Jeneral perang yang membawa tentera British mendarat di Normandy. Sayangnya, aksi keras beliau mengakibatkan beliau dilayangkan kad kuning (kedua dalam kejohanan) lalu digantung perlawanan seterusnya (final) jika layak. Tapi beliau tidak peduli, peperangan menentang kejahatan Jerman mesti diteruskan.
 
Dipendekkan cerita, England kalah sepakan penalti apabila tendangan Chris Waddle tinggi melepasi palang gol. England kalah dan Gazza menangis bagaikan seorang lelaki inggeris budiman (bukan menangis berguling-guling macam ada pemain tu)
 
Selepas era professional pada February 1992, prestasi pasukan England terus buntu. Mereka tidak lagi berjaya sehingga ke peringkat separuh akhir Piala Dunia. Kebanjiran pemain asing semakin menakutkan dan ada ketika Arsenal menurunkan kesebelasan utama yang 100% bukan warga Inggeris. Begitu terdesak mencipta kemenangan demi mengejar kejuaraan liga. Mencari pemain terbaik Inggeris begitu sukar. Dilema ini diakui oleh FA England tetapi demi glamour EPL, mereka terpaksa akur pada kehendak liga.
 
Sekarang cuba kau semua bayangkan senario ini dengan pasukan kebangsaan kita. Walau tidak manis dibandingkan England dan Malaysia tetapi isunya sama, miskin pemain tempatan yang bermutu untuk peringkat antarabangsa.
 
Namun England kembali kelihatan gah dengan skuad Piala Dunia 2010 di Afrika. Wayne Rooney, Gerrard, John Terry, Lampard dan Carragher sepatutnya mampu membawa kegemilangan England namun mereka tewas sekali lagi kepada kejahatan Jerman diperingkat last 16. Itupun sebab gol Lampard tidak dikira. Sekarang, padan muka Jerman balik awal 2018.
 
Jadi, Jang kuat merasakan untuk Piala Dunia Russia 2018, skuad England akan melangkah ke perlawanan akhir dengan bergaya. Barisan pemain tidaklah berkualiti dan Jang bukan suka pun dengan backline atau pemain Spurs sekarang berbanding seperti pada tahun 1990. Danny Rose dan Walker ada pengalaman main Piala Dunia dahulu dan mereka bukan best pun. Trippier pula perasan Gazza, Hendo dengan Liverpool pun dia biasa-biasa saja, tak menyumbang, inikan pula dengan England. Mujur ada barisan hadapan yng mampu mencipta jaringan dari Kane, Lingard, Vardy, Rashford dan Delle Alli maka harapan itu ada.
 
Hidup England hanya untuk England. Tuhan Selamatkan Baginda Ratu.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.