Vietnam 2-0 Malaysia (Matchday 3 AFF Suzuki Cup 2018)
4 min readDi mana salah dan silapnya Malaysia sampai kalah lawan Vietnam? Di bahagian serangan? Di bahagian tengah? Atau di kala ku kesepian, dihanyut ombak nan resah?
Sama seperti 2 perlawanan sebelum ini, Malaysia bermain bola sepak dengan penuh kebenaran dan kesabaran. Bukan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Itu topik lain. Topik tu kena berguru. Ehem.
Berbalik kepada perkara utama kita, bila main bola dengan penuh kebenaran dan kesabaran ni maka kita tidak lah terburu-buru membuat serangan. Hantaran yang dibuat pun semuanya tenang sahaja. Ke tepi, ke depan dan akhirnya ke belakang semula. Tenang dan bersahaja kan?
Walaupun artikel sebelum ni den nampak macam tak bersetuju dengan cara permainan tak bernafsu nak menyerang macam tadi, tapi bila difikir balik mungkin ada hikmahnya. Cliche tak ayat ni? Alah, drama kat tv waktu maghrib tu pun cliche, tapi korang tengok jugak kan? Jadi, kau semua baca lah artikel ni sampai habis.
Pada den hikmah corak permainan yang diterapkan TCH ni adalah untuk mengajar penyokong untuk turut bersabar. Ya, kita kena bersabar! Sebab apa? Sebab kita meroyan bila Malaysia main long ball, takkan bila main short pass pun kita tetap nak meroyan bagai tiada hari esok? Sebab kita perlu bersabar ialah berkemungkinan besar, corak permainan ini akan menjadi DNA bola sepak Harimau Malaya pada masa akan datang. Berkemungkinan. Bukan jaminan.
Kita semua tahu yang nak majukan sukan bola sepak ni bukan benda mudah. Ia memakan masa yang lama. Bak kata Jang sebelum ni, ini adalah masa yang amat sesuai untuk mengubah hala tuju bola sepak kita sebab perubahan landskap politik di Malaysia.
Kalau tanya den, den tak setuju dengan kekalahan tadi. Sebab pemain tak ada urgency nak menang. Dah ketinggalan tapi tetap bermain dengan bersahaja. Buat hantaran sekadar nak dapat possession yang tinggi. Possession means jackshit if you can’t score a goal. If you don’t score goals, you don’t win games. It’s as simple as that. Den tak bersetuju bukan suka-suka. Ada sebabnya. FAM dah letakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya layak ke final Piala AFF ni. Bila ada sasaran, kena lah capai. Macam kerja lah. Kau kena capai KPI kau. Kalau tak, terimalah makian bos kau. Berdasarkan kualiti pemain, Malaysia patut menang dengan semua pasukan Asia Tenggara, kecuali Thailand. Jadi, perlawanan tadi patutnya menang dan kita berjaya layak ke separuh akhir. Kan lagi dekat nak capai sasaran FAM. Ini tidak, tetap nak nak buat sesuatu benda tu dengan cara susah.
Tapi bila bermain modern football macam tadi, pemain kita nampak tak bersungguh masa main bola. Mungkin terlalu rigid dengan taktikal yang diberikan. Mungkin juga tak ada idea macam mana nak cipta peluang gol. Kita harus ingat, bertahan secara bermati-matian dan cuba mencari gol dengan counter attack juga boleh dikategorikan sebagai modern football. Ingat tak masa satu pasukan lemah dari London menang UCL pada 2012? Selamba dia park bus masa lawan Barcelona dan Bayern Munich. Sebabnya itu merupakan cara terbaik nak kalahkan kedua-dua pasukan gergasi Eropah tersebut. Dan Vietnam melakukan perkara yang sama kepada Malaysia malam tadi.
Perkara positif yang boleh diambil dari perlawanan malam tadi ialah pemain kita tak menggelabah dan kekal bermain seperti yang dirancang. Ini memang betul-betul mengagumkan. Walaupun nampak sedikit kekecewaan menerusi body language mereka, tapi mereka akur dengan pelan asal mereka. Tinggi disiplin diorang. Kalau main dalam Liga Super, confirm semua penyerang kita akan terus menggelecek pemain lawan untuk mencari gol. Bukan setakat pemain lawan, pemain simpanan lawan pun dia akan gelecek dan terus menggelecek sampai Abang Jamil mampus. Disebabkan disiplin mereka kekal dengan pelan asal tu, den rasa corak permainan ni akan jadi DNA kita. Rasa je. Belum tahu lagi betul ke tidak. Seperti semua benda baru, mula-mula mesti la kekok sikit nak amalkan. Dah lama-lama nanti hebat la. Haa, nampak tak pemikiran positif den?
Berhubung isu pemain yang tidak tersenarai untuk Piala AFF ni kita tak payah lah ungkit. Ungkit pun bukan diorang boleh tersenarai. Nasi dah jadi bubur. Tak payah kecoh-kecoh. Tabur ikan bilis sikit dengan cili potong dan suaplah ke mulut. Nescaya kenyang lah perut.
Sebelum den tamatkan artikel ni, ada 2 persoalan untuk semua penyokong bola sepak Malaysia. Yang pertama, mampukah kita semua bersabar dengan corak permainan sebegini untuk tempoh setahun dua ni? Kedua, siapa yang mampu bantu jentera serangan Malaysia yang seolah-olah tiada naluri membunuh pihak lawan pada Piala AFF 2018 ni? Perah lah otak korang untuk menjawab kedua-dua persoalan ini dengan jujur. Den nak pergi mandi swimming pool ni.
Oh, satu lagi. Jangan lupa turun SNBJ Sabtu depan untuk bagi sokongan kepada pasukan bola sepak kita. Perlawanan wajib menang untuk mara ke separuh akhir. Sibuk kritik, sibuk meroyan, sibuk claim #ekor tapi stadium pun tak turun. Jangan jadi lemah macam semua pasukan dari London! Team bersepah tapi satu je yang main Champions League. Tak #greatness langsung! Hmm.
Sekian,
MUSUHNYA HABIS BINASA!
Kid.
Foto : The Star