March 29, 2024

Warkah Kepada Penyokong Liverpool

4 min read

Surat tidak rasmi ini bukannya datang daripada idea semalaman. Ianya telah lama tersemat di dada setiap penyokong-penyokong Liverpool yang sebenar. Bacalah dengan tenang nescaya kamu akan sedar yang inilah yang tersirat di dalam hati masing-masing dan yakinlah dengan membaca surat ini anda akan sedar menyokong Liverpool adalah salah satu keputusan tepat anda buat dalam hidup ini. Jika Saving Private Ryan drama terbaik untuk peperangan, The Shawshank Redemption drama terbaik untuk kehidupan maka kemenangan Liverpool di Madrid ini adalah drama terbaik untuk bola sepak.

Kepada penyokong-penyokong Liverpool yang jiwanya besar dan sanubarinya tenang.

Tidak dinafikan kita antara pasukan yang malang di dunia ini. Sebut sahaja tentang Liverpool, pasti pasukan lain akan tertawakan nasib kita di dalam semua bentuk kejuaraan. Mandul, trophyless, kemarau dan bermacam-macam lagi gelaran kita selalu dengar namun penyokong-penyokong Liverpool tetap menyanyi bersama dan tidak berganjak menyokong kelab kesayangan mereka ini.

Malah kita selalu dimomokkan dengan Gerrard slip yang membenam harapan Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris setelah sekian lama mereka nantikan sejak tahun 1990. Peristiwa tersebut terlalu mendalam sehinggakan Andrew Robertson sengaja menjatuhkan diri beliau ketika menentang Chelsea tempoh hari sebagai salah satu tradisi untuk memberi hormat kepada lagenda kami Steven Gerrard. Sebenarnya ramai yang tidak tahu yang Steven Gerrard sengaja memilih tidak menang pada tahun itu lantas menge ‘slip’ kan diri beliau. Ini kerana Liverpool sudah biasa dengan kejuaraan dan kemenangan dengan jalan biasa bukan suatu yang mereka cari. Liverpool kena mempunyai peristiwa seperti comeback di Istanbul ataupun comeback FA Cup menentang  West Ham. Baru mereka rasakan layak untuk mengejar kejuaraan dan sesuai dengan title drama yang abang Tom katakan tadi.

Ataupun dengan kata-kata yang lebih mudah, Liverpool pantang dengan kemenangan yang biasa-biasa. Selepas Liverpool berjaya membuat comeback ketika menang empat kosong menentang gergasi Barcelona di Anfield tempoh hari, barulah mereka mendapat mandat memikirkan untuk menjulang piala sekali lagi ataupun tidak.

 

Jurgen Klopp Dijulang Di Teres-teres Anfield.

Selepas  Rafa Benitez dipecat, tiada pengganti yang betul-betul layak dapat menggantikan beliau. Roy Hodgson dan Brendan Rodgers (Pada waktu itu) tidak layak untuk menggalas tugas mentadbir sang juara. Kekalahan demi kekalahan penyokong Liverpool terpaksa menghadapi setiap minggu. Kedatangan Jurgen Klopp di Liverpool ini sudah pasti membawa kejuaraan yang diimpikan setelah sekalian lama. Beliau tanpa segan silunya menolak rayuan Ed Woodward dari Manchester United dan datang ke Liverpool seperti orang bijak yang lain.

Setibanya beliau di Melwood, ura-ura mengatakan pokok-pokok yang dahulunya terbantut kembali mekar putiknya.  Anak-anak gadis yang bujang di Liverpool kembali dilamar lelaki dan burung-burung kembali menyanyi dari pagi sehingga ke maghrib. Kesan daripada kedatangan beliau ke Liverpool.

Beliau gelarkan dirinya sebagai The Normal One di hadapan wartawan. Dalam masa sama beliau berjanji akan memberikan Liverpool title jika tidak beliau akan menjadi pengurus di Switzerland. Berkali-kali beliau kalah di perlawanan akhir. Ditinggalkan sahabat baik Željko Buvač. Tidak berganjak mental beliau walaupun sedikit dan akhirnya dapat juga beliau mengangkat piala UCL ini. Fuh! nasib baik tak payah pindah Switzerland.

 

Mohamed Salah, Putera Raja Mesir Yang Ditabalkan Semula

Mo Salah, Mo Salah, running down the wing. Itulah lagu Mo Salah yang selalu kita dengar dinyanyikan oleh penyokong Liverpool bila beliau menjaringkan gol. Ketika beliau tiba di pusat latihan Melwood, tiada siapa yang sangka beliau akan menjadi every year season wonder.

Kini, dua kasut emas berturut-turut sudah di bawa pulang. PFA player awards, Puskas awards, dan terakhir Champions League Cup sudah dipersembahkan kepada penyokong Liverpool. Abang Tom mengharapkan beliau dinobatkan sebagai Ballon d’or tapi ada  juga mengatakan beliau akan bersaing dengan teammate beliau sendiri Virgil Van Dijk pada tahun ini. Boleh juga ianya masih dimenangi oleh Lionel Messi ataupun Cristiano Ronaldo kerana anugerah ini lebih kepada anugerah bintang popular sahaja.

Kita juga tidak boleh lupa jasa-jasa pemain lain seperti Jordan Henderson, Georginio Wijnaldum, Roberto Firmino dan ramai lagi kerana Liverpool adalah sebuah keluarga. Mereka bukan pasukan yang mementingkan individu dan self-centered seperti pasukan Manchester United. Liverpool terlalu kuat semangat kekeluargaan mereka sampaikan kasut emas pun mereka berkongsi bersama.

 

Juara Untuk Kempen Eropah Terbaik Sepanjang Zaman

Sesudah dicincang, ditroll dan dilumat sehabis-habisnya. Liverpool sekali lagi menunjukkan mereka layak berada bersama European elite. Kami telah mengalahkan juara-juara di segenap Eropah. Paris Saint Germain selaku juara Perancis, Bayern Munich sang juara Jerman dan comeback is real terhadap juara Sepanyol Barcelona. Berpuluh-puluh pundit diseluruh dunia telah mengatakan kempen liga-liga juara tahun ini adalah paling epik. Dengan beberapa perlawanan yang hebat, comeback dan drama di liga juara juara kali ini, tidak terlalu yakin abang Tom katakan ianya kempen yang paling mantap abang Tom pernah saksikan.

Comeback di Anfield pada separuh akhir beberapa minggu yang lalu telah pun dinobatkan antara comeback paling manis dalam sejarah bola sepak (Comeback Istanbul masih paling hebat). Sadio Mane juga mengatakan Jurgen Klopp sendiri tidak percaya mereka boleh mengatasi aggregate pada malam tersebut. Namun mereka tetap berjaya lantas membawa mereka dan penyokong-penyokongnya ke pentas final. As result, Jordan Henderson berjaya menjulang piala UCL di Madrid setelah berkali-kali kalah di final. Bukankah ianya lebih manis?

Betul, game final kali ini agak boring. Tapi Liverpool pun dah bagi game menarik setiap minggu. Jadi sengaja mereka bermain selamat untuk perlawanan terakhir dan juga ibu segala perlawanan pada tahun ini. Tahniah kepada Spurs juga kerana tanpa dana pun mereka berjaya sampai ke final. Abang Tom doakan mereka menang cup yang lain pada tahun depan. Kecuali cup EPL semestinya.

Tahniah kepada penyokong Liverpool. Tabah sehingga ke akhirnya. Contoh insan yang faham erti kesabaran dan sedar kemanisan disebalik kesabaran tersebut. Jangan malu untuk celebrate macam beruk. Dah champion nak celebrate macam beruk takpa tapi jangan kalah dengan Cardiff celebrate macam menang UCL untuk kali ke enam. Sekian.

 

“Attack wins you games, defence wins you titles, but Liverpool won it six times.”

Picture Credit: Liverpool FC

P/S: Jangan malu dan jangan segan. Ucapkanlah ayat keramat this year is our year kepada dunia.

-Tom Bombadil, Madrid 2019-

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.