March 29, 2024

Zaquan Mengamuk Di Bulan Ramadhan

2 min read

Siapa yang tidak berdebar? Top of the table Liga Perdana 2021 masih terbentang luas. Recently, penyokong Sarawak United pun terkejut kerana kalah dengan PDRM. Malam semalam merupakan peluang untuk NSFC memanjat semula ke atas. Bulan ramadhan yang penuh rahmat ini diharapkan membawa berkat kepada pasukan NSFC. Marilah kita sama berdoa supaya NSFC berjaya naik ke Liga Super pada tahun hadapan. Bayangan sudah ada!

Ayam Tambatan Tidak Kenal Umur

Dua gol daripada Zaquan jelas menunjukan beliau masih berbisa. Ini merupakan gol keempat(Tak silap abang Tom) daripada beberapa perlawanan beliau bersama NSFC di Paroi. Jika kita ingin bandingkan beliau dengan pemain liga Sepanyol. Level beliau mungkin setaraf Luis Suarez di Atletico Madrid.

Gol pembukaan NSFC datang daripada beliau dengan rembatan half volley seawal minit ke empat. Hampir sama awalnya ketika melawan Kelantan United tempoh hari. Gol kedua lebih manis. Curve daripada beliau betul-betul singgah di bucu gawang pihak lawa. Abang Tom yakin kesemua jantung penyokong NSFC terhenti seketika pada waktu itu. Jaringan penutup perlawanan malam tadi.

Pertahanan Menunjukkan Peningkatan

Nasrullah dan Fernando kelihatan cemerlang di barisan pertahanan. Berjaya mematahkan hampir semua serangan Kelantan FC. Walaupun secara overall pertahanan NSFC bermain dengan baik. Gawang NSFC masih boleh dibolosi.

Gol lipat daripada kapten pasukan Kelantan FC tidak dinafikan begitu cantik. Jika gol itu offside barangkali pengadil perlawanan tetap mengekalkan gol tersebut kerana terlalu cantik. Rugi untuk diberikan offside dalam hati pengadil tersebut. Hmmmm.

NSFC perlu belajar untuk bermain secara ‘boring’ bila mendahului. Gol pasukan Kelantan FC itu juga memberi bayangan pada K.Devan dan anak buahnya. Pertahanan NSFC boleh dibolosi walaupun ada improvement. Pada waktu cross itu, tiada pemain pertahanan datang pada pemain Kelantan FC. Terlalu memberi pada pandangan kami.

Tidak Terlalu berharap Pada Individu

Antara ciri-ciri pasukan yang akan menang liga adalah seperti berikut. Tidak berharap pada seorang pemain. Buat masa ini, NSFC tidak terlalu berharap kepada kehebatan individu pemain. Semua pemain boleh menjaringkan gol. Apabila Akono tak berapa menjadi Barathkumar score. Apabila Zaquan pula tidak menjadi Akono score.

Jika lihat dari assist pun bukan datang daripada satu pemain. Ini membuatkan pihak lawan tercari-cari siapa yang perlu dijaga. Lebih-lebih lagi pada pasukan yang hanya berpandukan statistik tanpa melihat rekod live perlawanan. Mana tahu lepas ni Selvan atau Alif Romli pula hatrik. Dah kena jaga Selvan dan Alif Romli pula.

Kembali Di Persada Liga

Misi berjaya. Inilah rumusan paling simple kita dapat katakan pada malam semalam. Tidak perlu menang besar. Cukup sekadar kelebihan satu gol. Perlu diingatkan liga masih lagi panjang. NSFC kena terus fokus dan yakin pada kemampuan pasukan.

P/S: Sayang Selvan tak score semalam. Better luck next time Selvan.

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.