January 5, 2026

NSFC| Adakah mereka menari mengikut rentak yang sama atau salahkan lantai tidak rata?

3 min read

Bergetar jiwa Jang yang bersih dan lembut ini melihat prestasi pasukan NSFC bagaikan Yo-Yo yang turun dikala kita tarik dan naik dikala kita lepaskan talinya. Apabila melawan pasukan besar, mereka main bermatian seperti esok mahu ditimbang amalan mereka di padang Mahsyar. Tetapi apabila menentang 3 pasukan tercorot, mereka melakukan dosa seperti hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Walaupun tiada istilah pasukan lubuk tetapi takkanlah orang lain datang bawak jala, kita datang tersungkur, ikan tak dapat, badan penuh lumpur.

Sudah diulang banyak kali, penyokong NSFC pentingkan maruah dalam persembahan. Mereka datang membawa muka, dan jika maruah kita dipijak-pijak, mana mereka nak letak muka mereka sebagai penyokong sebuah pasukan yang mampu tarik ribuan penyokong ke stadium (walaupun dah beberapa musim stadium kosong). Pasukan NSFC menjadi fenomena diawal musim sehingga menarik perhatian penyokong luar. Semua pasukan diluar mahu kalahkan NSFC didalam padang. Mereka juga mahukan fenomena itu dan mahukan penyokong mereka memenuhi stadium pula. Ketika kita melawan Selangor FC dalam pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia, stadium Paroi full house dan segala mak nenek orang penting media hadir ke Paroi tak termasuk artis, influencer dan VVIPs. Dikala kita patut ambil peluang itu untuk letupkan lagi nama NSFC dan Paroi, kita pilih untuk main seperti friendly neighbours dan akan comeback stronger. I is kenot brain this.

Rata-rata komen akan bercakap hal pasukan NSFC tidak ada squad depth. Soalannya, sedalam mana baru kita berhenti guna alasan tu? Kita kurang 3,4 pemain utama dan kita masih mampu bermain seperti biasa, itu dikira baik dan selamat. Tapi kalau seorang injured, takkan semua turun kelaut, patah sayap dan hilang puynca? Kenot be like this so mengatakan kita ada isu squad depth is nonsense. Pemain yang dipilih bukan menang peraduan cabutan bertuah anjuran penyokong. Mereka sebelum ini bukan bekerja sebagai konduktor bas United. Mereka semua adalah footballers yang dipilih sendiri oleh pasukan. Samada mereka lemah atau kurang pengalaman, semua coaches yang ada di Jalan Rahang kena berkerjasama membawa mereka menjadi hebat. 

Kita ada 30 pemain sama kekuatan pun tak guna jika sistem pula tidak sesuai. Kita mahu bek kanan yang tahu naik membantu, winger yang tahu turun bertahan dan midfielders yang boleh membuat hantaran kreatif. Jika formasi begini dikekalkan, kita akan sentiasa in shape dan takkan kehilangan rentak (ini bukan cadangan taktikal tetapi memberi gambaran sahaja) Macam menari ikut rentak lagu Asli, kalau ada 30 pemain dengan kedalaman squad infiniti, tapi menari tak sama rentak, sakit mata melihatnya. Kita mahukan pemain yang boleh menari bersama ikut tune lagu yang sama dan akan lebih ligat menari bila keadaan memerlukan. 

Kerana jelas, pemain dalam padang seperti tidak mahu serasi. Seperti ada yang mahu jadi penari utama sebab ada muka, ada yang mahu menari tarian Minang, ada yang selesa jadi penari tiang dan ada yang nak menari rap African beat ala Mr. Alban. Apabila begitu, maka rosaklah irama dan sumbanglah lagu dan kucar kacirlah pentas. Maka, komposer pilihlah tune lagu yang sesuai dan pastikan semua pemain rendahkan ego dan menari rentak yang sama selama 90 minit. Tak payah ada yang nak rap, breakdance atau buat bass vocal ala Boyz II Men.  

Sekadar mengambil satu quote best dalam film Whiplash; “there are no two words in English language more harmful than GOOD JOB” 

 

Jang,

White Noise

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.