Klopp tak hormat budaya bolasepak
3 min read
Perbuatan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang enggan bersalaman dengan pengurus West Brom, Tony Pulis selepas perlawanan berakhir adalah biadap dan mesti dihukum. Klopp juga enggan bersalam dengan penolong pengurus West Brom, Mark O’ Connor yang berlari diatas padang untuk bersalaman dengannya, sebagaimana ritual yang sepatutnya diamalkan sebelum dan selepas perlawanan berakhir.
Klopp dipercayai marah dengan tindakan pemain West Brom yang bermain sedikit aggresif dan dalam satu perebutan bola, mencederakan pemain bek tengah Liverpool, Dejan Lovren. Pengadil langsung tidak menganggap ianya satu kesalahan dan tindakan pengadil adalah tepat kerana bola berjaya dimenangi oleh pemain West Brom. Emosi juga Klopp ni dengan Lovren. Jika Klopp tidak boleh menerima kekasaran, jangan main bolasepak, pergi main internet! (main internet pun berlaku kekasaran dan kene kuat emosi)
Ini mengingatkan Jang kepada satu statement keras dari bekas jurulatih Kelantan, Mohammad Che Su; “Bolasepak ini permainan orang jantan!” jadi biasalah jika berlaku sedikit kekasaran dan kecederaan. Rasanya Klopp mesti faham benda basic ini tetapi Jang berpendapat Klopp ada taktikal rahsia yang tidak dapat dihidu oleh pemain dan peminat Lverpool. Taktikal ini ialah; mengambil hati pemain, peminat dan management jika pasukan mahu kalah atau atau dalam bahasa Jerman disebut; gegendangpressing. Sentiasa alihkan perhatian mereka dari kekalahan dengan membuat gaya tertentu. Anehnya, peminat Liverpool begitu cepat diperdaya dengan budaya baru Klopp ini. Mana tradisi kebanggaan mereka selama ini?
Klopp juga dilihat bergaduh dengan Tony Pulis ditepi padang, memasuki ruang Tony Pulis sambil menepuk dadanya dan melakukan provokasi melampau terhadap Pulis. Kenapa Klopp lakukan semua itu? Adakah dia sedang cuba untuk mengalih perhatian penyokong di Anfield apabila pasukannya ketinggalan 1-2? Kenapa Klopp betul-betul meraikan jaringan lewat pemain Liverpool sambil terus melakukan provokasi terhadap Pulis?
Mengikut pemerhatian yang Jang lakukan, Klopp begitu bersungguh mengambil hati pemain dan penyokong Liverpool sehinggakan selepas perlawanan yang hampir kalah itupun Klopp memanggil semua pemain untuk memberi penghargaan kepada peminat. Ini mendapat respons yang sedikit lucu dari peminat bolasepak inggeris. Mengikut kata peminat Liverpool, ianya adalah budaya yang Klopp bawa semenjak dari BVB. Adakah tidak bersalam dengan pengurus pasukan lawan juga Klopp cedok dari BVB? Harap akar umbi Liverpool boleh jelaskan perkara ini.
Jangan pandai sebut budaya dan BVB saja bila bercakap pasal Bundesliga. Naik darah Roy Keane Jang nanti. Jangan sampai Jang cerita hal bola Jerman tahun 1983 bersama Hamburg SV.
Sementara itu, pasukan Chelsea seperti diduga kalah lagi pagi tadi dan kali ini kepada Leicester. Ini tak payah ulas panjang sangat sebab rugi data dan membazir megabytes. Cuma Jang tertarik dengan sikap kedua pengurus pasukan Chelsea dan Leicester ini. Mereka professional. Umum mengetahui Ranieri adalah pengurus yang bertanggungjawab menaikkan Chelsea dan membawa Drogba dan Robben sebelum ditendang keluar dan digantikan dengan Maurinho. Walaupun ada sedikit pergeseran diantara mereka tetapi semua itu hal dalam padang.
Mereka tetap bersalaman selepas permainan tamat kerana ini budaya, ritual dan kemestian yang mesti dihormati. Maurinho memang buat perangai dan provokasi tetapi apabila wisel penamat ditiupkan, dia tetap mahu bersalaman. Maurinho tidak perlu menjaga hati sesiapa kerana itu tiada dalam tugas dan taktikal seorang pengurus yang sebenar.
LVG juga sama. Walaupun dia nampak lembab, ghout dan kencing manis, tetapi dia tetap menghormati budaya bolasepak sejagat. Peminat bukan mahu dihargai dengan berjalan berpegangan tangan diatas padang selepas permainan. Cukup dengan bertepuk tangan ketika keluar dari padang, professional dan tidak emosi.
Adakah peminat Liverpool begitu mudah dipermainkan emosi mereka?
Ahahaha
Ini mcm komen tuk seorg haters jee…..
K bye
tidak benar. ini pandangan seorang peminat bola. 😛
Aku setuju….bila haters dah bbunyi…hahaha… masing2 ada cra sendri nak kendalikan sesebuah pasukan… fikir2 kan la sblm mnyalahkn pasukan lain… negatif tu smpan bnyak2 k..hahaha..
Cara Kloop ini termasuk dalam list “the best of goal loss celebration” ke? nampak macam power juga dan berlainan dengan tradisi bola sepak di England.
dia provoke je dan attention seeker
kira dia ni nakkan publisiti gosip-gosip gitu la ya.. hmmmm
Jika Klopp tidak boleh menerima kekasaran, jangan main bolasepak, pergi main internet! (main internet pun berlaku kekasaran dan kene kuat emosi)- Padu jang
Biasa tu jang, Klopp kena main emosi sikit baru senang dapat sokongan akar umbi
kannn..thats my point bro. mainkan emosi,divert attention akar umbi dari kekalahan.
Jeles..ulasan pun berbaur emosi..hampeh
brosia dotmun kan ikutan JDT, harap JDT tak ikut budaya brosia ni.
Tengok perangai klopp ni kadang kadang menghiburkan juga berbanding lvg yang macam tunggul kayu.
Menang tak pun.
Amboi Jang, minggu sebelum tu Liverpool kalah di St James Park, lepas match Kloop salam dan siap peluk lagi Steve McClaren. Ferguson siap puji tu..haha buatlah ulasan pasal tu pulak..
Mmg la bola sepak ni kasar..tp jgn terlebih kasar la..pikir la jang oii. Jgn nak jang sgt.. Mcm xbpe nak jang je
dalam kes perebutan bola 50-50, Klopp takperu emosi sangat
Itu Jang bukan lvl fan dia luar kwsan punya supporter itu sbb dia tak puas ati. Shahril psl tu dia tak comment yg St James Park. Anyway Kloop YNWA
Lebih la..time ade y baek xnk ulas..
kalau ada yg baik tentu diulas juga..percayalah