/Rombakan pasukan ataupun penambahbaikan?

Rombakan pasukan ataupun penambahbaikan?

Sudah menjadi trend bola sepak di Malaysia untuk merombak pasukan bagi menghadapi musim baru. Tak kiralah berjaya capai objektif awal musim atau tidak, yang penting rombak. Rombak untuk kebaikan ataupun kejahanaman, itu belakang kira.

 

Contohnya, Melaka United. Dah berjaya naik Liga Super, tukar jurulatih, tukar sebahagian besar pemain yang membawa pasukan itu naik ke Liga Super. Selepas persembahan hambar hingga pertengahan musim, tukar lagi pemain dan jurulatih. Dengan alasan persembahan buruk dan tak mencapai KPI. Ini contoh sahaja. Isu sebenarnya nak bercakap tentang pasukan Nismilan.

 

Setelah Nismilan gagal untuk layak ke Liga Super secara merit, desas-desus mengatakan pasukan Nismilan musim depan akan dirombak lagi. Antara cerita yang den dengar, pemain anak jati Nismilan akan dipinjamkan ke kelab lain walaupun masih mempunyai kontrak dengan Nismilan. Bagus atau tidak perkara ini dibuat?

 

Kalau untuk pemain muda yang belum membuktikan keupayaan untuk menggalas tugas sebagai first eleven Nismilan, pastinya ini sesuatu yang bagus. Contoh mudah kita ambil Thanabalan. Di Nismilan dia tak dapat game time dan sebagainya. Selepas dipinjamkan ke Felcra dan dapat beraksi secara konsisten untuk mereka, menyerlah di peringkat antarabangsa. Tapi bayangkan kalau antara yang akan dipinjamkan musim depan ialah Annas? Soalan yang selayaknya diajukan ialah, “Kenapa?”. Annas ni boleh dikatakan di kelompok 10 terbaik untuk pertahanan tengah tempatan. Mengapa perlu dilepaskan kepada kelab lain?

 

Pada pendapat den, pemain anak jati ini masih relevan untuk setiap pasukan di Malaysia. Mereka ini yang akan membentuk DNA pasukan. Secara tak langsung, boleh menarik penyokong ke stadium. Kalau dah anak jati yang main, mustahil kawan-kawan mahupun keluarga tak turun stadium untuk berikan sokongan. Betul tak?

 

Tetapi, pemain anak jati ini juga perlu merebut peluang dan tempat dalam kesebelasan utama. Pemain seperti, Izzudin, Nizam, Ashmawi, dan Yatim bukanlah tidak diberikan peluang untuk beraksi, mungkin mereka gagal pamer kemampuan sebenar dengan game time yang terhad. Tak dinafikan, pemain muda memang perlukan game time yang banyak dan konsisten untuk mempercepatkan mereka mencapai kemuncak prestasi. Tetapi sebagai pemain, perlu bersedia untuk grab the opportunity untuk buktikan kemampuan mereka kepada jurulatih bagi merebut tempat dalam pasukan.

 

Kalau dilihat pasukan dalam Malaysia, buat masa ini pasukan yang benar-benar konsisten ialah JDT dan Kedah. Tengok pula pasukan seperti Bayern Munich, Real Madrid, Barcelona. Apa persamaan mereka? Kenapa mereka konsisten? Jawapannya ialah, mereka tidak merombak pasukan secara besar-besaran. Mereka cuma menambahbaik pasukan mereka sambil mengekalkan pemain-pemain utama. Template kejayaan dah ada, tapi kenapa kita tak ikut? Tak nampak atau buat-buat tak nampak?

 

Jadi cadangan den, pemain muda yang berkualiti harus dikekalkan. Annas, Fauzan, Khairul, Sean antara yang wajib dikekalkan. Tambah baik pasukan Nismilan dengan mendapatkan pemain di bahagian yang lemah. Contohnya, cari midfield yang boleh menggerakkan serangan dan tempo permainan pasukan. Cari gandingan Annas di center back. Cari seorang penyerang tempatan yang mampu jaringkan sekurang-kurangnya 15 gol semusim. Kalau pemain import pula, cari yang ingin bermain secara berpasukan yang mempunyai kualiti dan tidak dibelenggu kecederaan. Benda ni semua orang pun tahu. Den yakin pengurusan pun tahu. Kenapa tidak dipraktikkan, itu yang den tak pasti.

 

Seperkara lagi, hargailah penyokong. Tak peduli penyokong bermusim ataupun yang tegar. Lebih-lebih lagi yang tegar lah. Mereka ini turut berhabis wang ringgit, masa dan tenaga untuk memberi sokongan kepada pasukan. Seperti mana pemain dan pengurusan yang menghabiskan masa dan tenaga berlatih untuk perlawanan, begitu juga lah pengorbanan penyokong. Sebab apa hargai penyokong terutamanya yang tegar? Sebab penyokong tegar ini secara tidak langsung mampu mengajak penyokong bermusim ini menjadi tegar seperti mereka. Renungkan dan fikir-fikirkan.

 

P/S : Dah lah, den nak pergi Wembley. Tengok Spurs lawan Real Madrid.

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

 

Kongsi artikel ini: