April 26, 2024

EKSKLUSIF: Drama petang bersama Dato Haslah – #2

4 min read

Sesekali Dato Haslah ketawa mengekek apabila bercerita hal lucu tentang pasukan. Jang terus mengkaji karakter kawan baru Jang ini, kene la berhati-hati sebab kadang-kadang beliau bercakap dan memberi jawapan sebagai Dato Haslah, kadang-kadang sebagai naib presiden PBNS, kadang-kadang sebagai chairman Matrix Concept. Tapi Dato Haslah steady sebab apabila dia menjawap, buat kau rasa perbincangan petang itu begitu rugged.

“Bukan macam tu brader..” jawab Dato Haslah.

Dato Haslah berkata, semasa beliau diarahkan oleh MB untuk menerajui bola sepak Negeri, beliau sebolehnya tidak mahu tetapi atas dasar tanggungjawab, jawatan itu digalas dengan ikhlas. Beliau mahu sekurang-kurangnya 2 musim untuk membawa Negeri Sembilan ke liga super tetapi sayang perancangan bersama pasukan 2016 hancur ditengah jalan. Jadi beliau kene bermula semula dari kosong dengan pasukan baru.

Dato Haslah bercerita tentang pasukan Negeri Sembilan 2017 yang pada anggapan beliau terbaik setakat ini. Beliau berpuashati dengan semua posisi pemain pilihan. Menurut beliau tidak kurang 20 pemain import telah diuji sebelum mengikat 4 pemain import sekarang. Baginya, bukan kehebatan didalam padang sahaja menjadi ciri utama pemain import yang dimahukan tetapi diluar padang mesti bersatu hati, saling menghormati, ada attitude yang baik dan tidak racist. Dato Haslah benar-benar menekankan ciri-ciri utama ini seperti ada sesuatu yang terbuku dihati beliau.

“Kita ada 2 attacking midfielder, seorang striker dan seorang defensive midfielder. Mereka ini cukup laju. Aku memang nak defender ni untuk kuatkan backfour”

“tapi dato, jika posisi serangan atau tugas menyerang ini diberi kepada pemain import, bagaimana dengan peluang penyerang tempatan? Negara kita miskin penyerang Tok!” tegas Jang.

Jang pun tak ingat apa jawapan Dato Haslah selepas itu tetapi sedikit tidak menjawap soalan. Mujur rakan Jang dari N9futbol membetulkan semula; “maksudnya Tok, playtime for local players”

Dato Haslah kemudian bercerita tentang pengarah teknikal bangsa J (Jerman) Jorg Peter Steinebrunner atau panggilan mesra, Jorg. Petang itu, tak kurang 15 kilo kata pujian dihamburkan untuk Jorg. Dato benar-benar yakin dengan kemampuan dan kebolehan Jorg mengemudi hala tuju bola sepak Negeri Sembilan. Jorg adalah pengarah teknikal yang akan monitor semua jurulatih dan pasukan dibawah PBNS sehingga ke akar umbi. Jika ikut pemahaman Jang, jika semua jurulatih mengikut arahan dan pelan aturcara yang disusun oleh Jorg, memang kesemua pasukan, Negeri Sembilan, Presiden, Belia, LBR, sekolah akan menjadi. Jorg juga bekerja setiap hari tanpa rehat. Dia juga membekalkan pemain dengan regim latihan yang mesti diikuti jika mahu kekal cergas walaupun ketika bercuti raya. Sebelum bercuti, pemain ditimbang berat badan mereka dan selepas balik bercuti akan ditimbang semula. Jika ada yang berat mereka naik atau tersasar, itu tanda mereka tak buat latihan atau kerja rumah yang dibekalkan oleh Jorg. Impressive!

“Jorg mahu pemain cergas untuk 120 minit braderrr” kata Dato Haslah sambil menyalakan rokok Marlboro putih bebas cukai yang mungkin disambar semasa mengikuti pasukan ke Kemboja minggu lepas.

Kemudian Dato Haslah bercerita tentang jurulatih-jurulatih yang kononnya dikaitkan dengan Negeri Sembilan selepas pembebasan jurulatih lama, Gary. Ada beberapa nama besar yang telah dipanggil tetapi terpaksa ditolak atas beberapa sebab. Contohnya, Azrai Khor, Dato berkata, dia terpaka menolak kerana tut tut tuttttt..(rahsia) kemudian datang pula Mat Zan Mat Aris dari Melaka, juga tidak menjadi (Jang tak ingat sebabnya, rasanya Mat Zan sendiri yang menolak) kemudian Irfan Bakti tetapi Negeri Sembilan tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang diletakkan. Serta ada beberapa cerita lagi yang tak manis kalau Jang dedahkan disini. Namun akhirnya Dato Haslah mahu jurulatih tempatan diberi peluang dan Asri Ninggal dipilih.

Kalau ikut ranking, Asri, dan juga semua jurulatih lain, akan duduk dibawah pengawasan Jorg sebagai pengarah teknikal. ok, fine. Tetapi Asri Ninggal tidak ada penolong jurulatih dan PBNS mengalami kesukaran untuk melantik kerana tiada yang mempunya lesen A dari FAM. Justeru bagaimana jalan penyelesaiannya?

Jorg tampil menawarkan diri menjadi pembantu jurulatih kerana beliau ada lesen A. OhTuhanku, Jang tercekik tulang kepak ayam bila Dato Haslah beritahu hal ini. Bagaimana bos kau dalam satu masa adalah penolong kau juga? Bagaimana Asri nak arah Jorg untuk bawa pemain melakukan latihan yang mana latihan tadi atau teknik latihan tadi, Jorg yang pas ke Asri sebelum mereka turun ke padang? Kau paham tak ni daro?

“Dato, tidak berlaku perselisihan ke nanti atau pertindihan tugas atau konflik Jorg terlebih sudu dari kuah sebab hal begini dah banyak kali berlaku dalam kelab besar” Jang menyoal selepas selera makan Jang hilang (atau dah kenyang).

“Tidak, saya akan pastikan mereka bekerjasama” balas Dato Haslah yakin. Jika mengikut cara Dato Haslah memaki pemain bermasalah pada musim lepas, Jang yakin, jika berlaku perbalahan, Dato lebih tahu cara menyelesaikannya.

Kerjasama ini sedap waktu menang saja. Bila kalah berturut-turut, siapa nak mengaku bertanggungjawab? Siapa yang akan ‘direhatkan’ jika prestasi pasukan merudum? Hal ini sepatutnya PBNS dah belajar dari kesilapan musim lepas apabila jurulatih kecergasan menarik diri ketika musim 2016 baru bermula kerana tidak sebulu dengan Gary. PBNS tidak melantik jurulatih kecergasan yang baru kerana Gary berkata dia layak menjadi jurulatih pasukan merangkap jurulatih kecergasan. Hasilnya?

Jorg masih baru dan Jang yakin dengan pemilihan Dato Haslah, tetapi bagi Jang apa yang Jorg buat bukanlah benda hebat. Ianya hanyalah perkara asas yang perlu dilakukan oleh sebuah pasukan, seorang jurulatih dan pemain. Kita sentiasa berharap yang terbaik dari pasukan kita.

Bersambung…bilo ntah!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.