April 27, 2024

Liga Perdana: Jadual padat bukan punca N. Sembilan tewas tetapi…

3 min read

Tak sedap hati Jang kalau tak update kekalahan Negeri Sembilan Jumaat lepas kepada JDT2. Tak manis pula kalau menang saja Jang update dan bila kalah, Jang berbual hal open house dan ketawakan Selangor. Walau sedikit lewat, tapi demi kepuasan peminat bola sepak, terutama kepuasan Jang sendiri, mari kita lihat ‘di mana’ kekalahan Negeri Sembilan di Paroi.

Gol pertama JDT2 dicetak pada minit kedua permainan. Kat situ sebenarnya dah boleh buat kesimpulan bahawa pasukan Negeri Sembilan malam itu bakal lencun bersama hujan yang tidak mahu berhenti semenjak petang. Jang terlepas aksi gol pertama dan kedua JDT2 kerana masih sangkut diperbatasan tetapi diberitakan ianya berpunca dari kesilapan pertahanan Negeri Sembilan sendiri. Seingat Jang, pertahanan Negeri Sembilan memang tidak pernah kebal atau sempurna semenjak awal lagi. Gol kedua juga berpunca dari kegagalan pertahanan membuat marking serta memberi peluang kepada pemain lawan melakukan percubaan. Dosa paling besar pemain pertahanan adalah memberi ruang dan peluang kepada pemain lawan melakukan percubaan. Tapi kadang-kadang kau akan hilang fokus disebabkan keletihan atau pemain lawan terlalu laju.

Negeri Sembilan berjaya mendapatkan gol hasil tendangan penalti Goran yang dijatuhkan ketika cuba melakukan percubaan. Selebihnya pemain Negeri Sembilan berusaha mendapatkan gol penyamaan namun bumi mana yang tak ditimpa hujan, JDT2 menambah jaringan hasil larian kencang Zaquan yang bijak dan masih berbisa melepaskan leretan kesebelah kiri Adney yang terpaku, tidak cuba mahu menyelamatkan. Well…

Keseluruhan permainan, jelas pemain Negeri Sembilan tidak bermaya dan kelihatan kepenatan. Melihat kepada jadual perlawanan, berkayuh ke Temerloh menentang Felda dalam Piala Malaysia, kemudian naik pula ke Perlis pada Jumaat lepas dan pada Selasa pula bermain bermatian menentang Melaka (Piala Malaysia) di Paroi dan baru berehat pada Rabu dan Khamis, menentang pula JDT2 di Paroi pada Jumaatnya. Selepas berehat pada Sabtu dan Ahad, malam ini akan bertemu pula PKNS di Shah Alam. 5 perlawanan dalam masa 2 minggu! Penat wei!

Tapi pasukan lain juga mengharungi jumlah perlawanan yang hampir sama juga. Membezakan diantara mereka adalah jarak perjalanan dan jumlah ‘home game’. Perlu diingat! Jang tidak sekali-kali mengecam jadual liga yang padat serta siri Piala Malaysia yang dijalankan serentak dengan liga kerana bagi Jang jadual sekarang adalah cukup baik. Piala Liga, FA dan Piala Malaysia memang sesuai dijalankan serentak. Jadi, jadual padat tidak boleh dijadikan faktor kemorosatan permainan.

Sekali lagi, yang membezakan diantara pasukan tadi adalah bagaimana mereka menghadapi kepadatan jadual permainan tadi. Bagaimana jurulatih menukar pemain, merehatkan pemain (rotate player) dan melihat semula misi mereka. Mengambil contoh, Negeri Sembilan, jika Piala Malaysia bukan misi utama mereka (seperti diakui oleh PBNS sendiri) sebaliknya misi naik ke liga Super menjadi pertaruhan, kenapa tidak gunakan ramai pemain simpanan ketika menentang Felda dan Melaka? Kenapa masih dikerah tenaga pemain utama dan terus merehatkan pemain simpanan? Alangkah lebih baik menjadikan Piala Malaysia peluang kepada pemain lain menunjukkan kebolehan mereka dan ruang kepada pemain utama berehat. Mana jurulatih kecergasan N.Sembilan? Takda ke indicator atau carta kecergasan pemain, mana yang perlu direhatkan dan sebagainya.

Aikkk? takkan Jang pulak yang nak kene corakkan hala tuju pasukan? Kau panggil jurulatih orang putih tu, takkan dia tak tau?

Syed Adney boleh berehat untuk beliau memuhasabah diri. Terlalu mudah ditewaskan dan tidak nampak kemajuan dalam permainan. Bolos 10 gol dalam 4 perlawanan? HELLO? Ini statistik, Adney dan maaf, ini bukan pandangan Jang seorang, ini pendapat 5 ribu penyokong yang hadir setiap perlawanan. Tiba masanya jurulatih Negeri Sembilan, Gary Phillips, memberi peluang kepada penjaga gawang ke 2 bermain. Afiq perlu ditenung ke dalam matanya dan ditanya “adakah kau ini seorang pemain bola sepak atau sepatutnya menjadi Pramugara?” Dalam kes Afiq, kau masuk sebagai pemain gantian pada minit ke 70 (atau minit keberapa pun) sepatutnya kau kenelah BERMAIN SEPERTI PEMAIN YANG MASIH FRESH SETANNNN!! Ini kau lebih lembik dari pemain lain yang menyabung nyawa bermain dari minit pertama. Sampai satu tahap, Jang tertanya-tanya, bagaimana asalnya Afiq ini boleh dapat bermain bola mewakili Negeri.

JDT2 adalah sebuah pasukan yang kuat dibawah pimpinan kapten mereka, Baihakki Khaizan. Baihakki bermain terlalu tenang dan baik dan kualiti beliau menjadi perhatian Jang bersama gandingan beliau (sapa ntah Negro tu). Gandingan Goran dan Afiq langsung tidak berjaya mendebarkan hati pertahanan JDT2. Alex Smith pula jelas kepenatan. Takkan semua game kau nak harap Alex Smith? Sementara itu, kepulangan Zaquan ke Paroi hanya menambah luka dihati peminat tetapi apa yang jelas, beliau masih laju, bertenaga, bijak menyempurnakan peluang dan paling cool, selepas permainan, masih mahu datang ke penyokong Negeri Sembilan memberi hormat. Peminat juga begitu sporting memberi tepukan.

Siapa nak marah kalau kau main bagus macam Zaquan?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.