October 9, 2025

LigaSuper | Ultraman Mio piat telinga Gergasi Merah Kuning

2 min read

Jang sampai ke stadium Paroi semalam sekitar jam 6 petang dengan perasaan sebak bercampur geram. Sebak kerana feeling dia lain macam, orang kemain ramai seperti kita nak main separuh akhir walhal ini baru perlawanan kedua NSFC musim ini dan kedudukan pasukan kita ditangga ke 13 liga. Real tak? 

Geram sebab kena datang awal dan parking payah. Seingat Jang, musim 2018 adalah kali terakhir Jang sampai stadium ketika hari masih siang. Musim ini Jang harap kau semuo tetapkan hati untuk terus kekal datang stadium hingga kita dapat piala.

Jang sebak kerana game kali ini merebak efeknya. Alhamdulilah masjid Paroi menerima kehadiran jemaah penuh bagaikan solat Jumaat diwaktu solat Maghrib semalam. Masjid Paroi siap ucap selamat datang kepada jemaah dan mereka update post di FB mereka secara drone fizikal (panjat menara masjid) dan ambil gambar. Mereka juga membuka parking untuk penyokong dengan fee minimal RM3. Ini sesuatu yang sehat.

Jang juga sempat melihat sendiri (jalan gaya YB) surau sementara dalam kawasan stadium yng disediakan pihak MBS. Semuo elok Alhamdulillah. Peniaga juga begitu ramai dikawasan sekeliling stadium dan inilah limpahan ekonomi dari efek bolasepak yang sehat.

Bagaimana hal dalam padang?

Sebak lagi sekali hati Jang yang bersih dan sensitif ini. Melihat semua teres stadium penuh dan meriah lalu terdetik dalam hati Jang yang budiman ini -“tak sia-sia selama ini Ultrajang tanpa jemu mengajak orang datang stadium dan memberi info bola kepada semua” ujar hati Jang memberi kredit kepada diri sendiri.  Sebak kan?

Dalam padang, tak payah la Jang ulas begitu mendalam kerana kau semuo nengok. Cuma Jang suka tengok pasukan NSFC nampak terdesak dan dibelakang bola. Jang nak lihat adakah mereka akan hilang punca. Coach NJ juga seperti mengubah taktikal permainan. Kita ketinggalan dan ketika kita seperti mahu akur, Ultraman Mio muncul dari rekahan bangunan dan menjentik telinga kiri Gergasi Merah Kuning. Tidak berpuas hati kerana Gergasi Merah Kuning masih berdiri, Ultraman Mio kemudian memiat pula telinga kanan Gergasi Merah kuning lalu tersungkur rebah memakan rumput Paroi. Hampir….hampir menitis air mata suci Jang!!!! Tapi Jang tahan kerana kalau menangis pun bukan Faisal Halim nak bagi moto.

Jang,

Ultrajang Taro 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2025.