April 27, 2024

Formasi Nismilan menjelang Liga Super 2018!

4 min read

Senarai pemain skuad Liga Super Negeri Sembilan FA

Sebagai artikel sulung UltraJang untuk tahun 2018 ni, apa kata kita bincangkan mengenai formasi yang akan digunakan Nismilan untuk musim ini. Barulah nampak macam golongan cendekia bola sepak tanah air kan? Den pun dah lamo tak moncoghabih pasal bola sepak Nismilan ni.

 

Kita semua sedia maklum dengan majlis pelancaran pasukan Negeri Sembilan FA yang dibuat minggu lepas. Rata-rata peminat juga telah mengetahui senarai pemain skuad Liga Super sehinggalah skuad Piala Belia kita. Nismilan lebih gemar menggunakan formasi 4-2-3-1 beberapa musim kebelakangan ini. Jadi, adakah musim ini mereka akan terus menggunakan formasi yang sama? Ataupun ianya akan berubah berdasarkan barisan pemain yang ada?

 

Dalam musim yang Nismilan menggunakan formasi 4-2-3-1, pasti ada target man dalam skuad. Johnathan Behe, Marko Simic, Afiq Azmi, Francis Forkey Doe. Pemain seperti mereka ini sesuai sebagai lone striker kerana keupayaan dan fizikal mereka untuk hold bola sementara menunggu support daripada jentera tengah dan sayap. Sebab kalau lone striker ni nak poie lunggah 4 orang pertahanan lawan, bukankah tak masuk akal tindakan macam tu?

Senarai pemain skuad Liga Super Negeri Sembilan FA

Jadi untuk musim 2018 ini, berdasarkan penyerang yang ada, mungkin sedikit sukar untuk Nismilan meneruskan formasi 4-2-3-1 ini. Penyerang import dari Argentina, Nicolas Velez yang mempunyai ketinggian kira-kira 170 cm, tidak mempunyai ciri-ciri fizikal seorang target man. Dengan kebanyakan center back lawan pastinya pemain import yang mempunyai saiz fizikal yang lebih besar daripadanya, pasti menyukarkan Nismilan sekiranya mengamalkan corak permainan yang sama dengan musim-musim sebelumnya.

 

Penyerang lain yang ada ialah Fakrul Aiman, Fauzi Latif, Khairul Izwan Rosli, dan Thanabalan. Kesemua mereka juga tidak mempunyai fizikal yang ideal untuk menjadi target man. Amat menarik untuk kita, terutamanya den menyaksikan formasi yang akan diguna pakai oleh Jorg sebaik saingan liga bermula.

 

Namun, bukanlah formasi 4-2-3-1 ini langsung tidak boleh digunakan. Tengok Arsenal, walaupun penyerang dia tak begitu besar fizikalnya, tenang je mereka menggunakan formasi ini. Siap dapat nombor 4 lagi hampir setiap musim. Consistency at it’s finest. Hmm. Tapi mereka tidak menggunakan Alexandre Lacazette sebagai target man. Begitu juga dengan Alvaro Morata di Chelsea. Kedua-dua pemain ini bukan lah target man, tetapi masih menggalas tugas dengan baik sebagai lone striker. Mungkin Nismilan akan mengadaptasi formasi dan taktikal sebegini untuk saingan Liga Super 2018.

 

Berdasarkan prestasi Nicolas Velez setakat ini, dia lebih mirip dengan kedua-dua pemain yang den sebut di atas. Jadi, kemungkinan besar, formasi seakan-seakan musim lepas akan digunakan bagi musim ini.

 

Setakat 2 perlawanan pra musim di Kemboja, Nismilan menggunakan formasi 4-5-1, dengan seorang holding midfielder. Winger kita juga dilihat jarang cut inside, sebaliknya kekal di posisi masing-masing di bahagian tepi padang. Ini secara tidak langsung, membenarkan 2 lagi midfield Nismilan bergerak lebih bebas untuk mencipta gerakan. Omputih koba free role la. Takkan ini pun den nak translate kan?

 

Memandangkan perlawanan pra-musim ini Jorg gunakan formasi 4-5-1, takkan la sebaik musim bermula, Nismilan main 3-5-2 kan? Apalah erti perlawanan pra-musim kalau macam tu? Contohnya macam kau nak akad nikah esok, tapi malam ni kau ulangkaji pelajaran matematik tambahan untuk jawab pertanyaan kadi. Kau dah kenapa? Haa, anggaplah ini perumpamaan moden.

 

Jadi, kemungkinan besar, 4-5-1 merupakan formasi yang akan digunakan. Persoalan yang lebih menarik, bagaimanakah Jorg akan mengagihkan game time kepada para pemain? Velez sudah pasti mengepalai jentera serangan. Di bahagian sayap bagaimana? Adakah penyerang kita akan di’convert’ menjadi winger? Jika ya, winger kita macam mana? Di midfield pun macam tu. Faudzan, Flavio, Kim, Syahid, dan Faizal. 5 pemain akan merebut 3 tempat. Perkara yang sama juga berlaku di posisi pertahanan dan juga penjaga gol.

 

Namun, ini bukanlah sesuatu yang negatif. Ini lah namanya squad depth. Perkara yang rata-rata penyokong keluhkan musim lalu. Jadi, masalah ini telah pun cuba diatasi oleh pengurusan. Di atas kertas, den nampak macam tiada masalah. Cuma dirisaukan bahagian penyerang. Andai kata nasib Velez tidak baik, mampukah penyerang tempatan kita menggalas tugas menjaringkan gol?

 

Jika diikutkan, menurut tuan Presiden kita, musim ini memang Nismilan ingin mengangkat penyerang tempatan, selepas menggunakan pemain tempatan secara sepenuhnya di bahagian pertahanan musim lalu. Pada den, ini bagus memandangkan negara kita kini ketandusan penyerang berkaliber. Jangan terkejut kalau penyerang Harimau Malaya nanti dibarisi pemain daripada Nismilan tau!

 

KESIMPULAN :

Den mengharapkan peminat lebih rasional dan sabar musim ini. Rasional macam mana kau tanya? Rasional yang kalau kalah friendly, tak payah nak meroyan sangat. Nama pun aksi persahabatan, ketika ini lah nak bereksperimen dengan formasi dan pemain. Kalau semua perlawanan nak menang, Pep Guardiola dengan pasukan Barcelona dia dulu pun give up. 

 

Den betul-betul puas hati dengan squad depth musim ini. Cuma den berharap, semua pemain akan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama. Persaingan sihat ini akan memberi manfaat kepada pasukan untuk jangka masa panjang. Bayangkan kalau semua pemain bersungguh-sungguh nak beraksi untuk Nismilan? Pasti mereka memberi komitmen 100% sebaik mendapat peluang beraksi. Betul tak?

 

Pelancaran N9FC juga sedikit sebanyak memeriahkan suasana bola sepak Nismilan. Tak adalah penyokong tertunggu-tunggu info terkini pasukan. Ini sampai ada yang bertanya kepada UltraJang tentang perihal pasukan. Manalah kami tau. Kan? Den berharap N9FC ini mampu membekalkan maklumat pasukan secara berterusan untuk jangka masa panjang!

 

Jadi sebagai penonton yang setia mahupun tak setia, rajin-rajinkanlah diri ke STAR memandangkan kita akan beraksi pada hari Sabtu untuk saingan liga musim ini. Bukan lagi hari Jumaat. Tiadalah alasan kerja lagi untuk hadir ke stadium. Jangan kau datang hari Jumaat pulak nanti! Monung kau kat stadium tu sorang-sorang!

 

Sumber gambar : N9FC

 

Sekian,

MUSUHNYA HABIS BINASA!

Kid.

 

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.