April 27, 2024

LIGA SUPER: 10 dalil kenapa Negeri Sembilan diangkat darjatnya bermain di liga Super.

3 min read

Bola sepak kita ini tidak pernah sunyi dari drama yang tidak mengira masa, baik diwaktu musim atau diluar musim. Ada hari begitu indah dan muka ada sinyum. Ada hari bagai nak rak bergaduh dan memaki bagaikan lelaki tiada pedoman. Bola sepak kita juga menyaksikan banyak pasukan diturunkan pangkat (dan liga) kerana kelemahan pemain yang bermain teruk, ada pula pasukan diturunkan liga kerana kelemahan pengurusan yang tidak pandai mengaudit kira-kira. Begitulah sebaliknya, ada yang naik kerana kebijaksanaan pemain dan pengurusan. Tak kisah la!

Siapa sangka walau dikedudukan no 5 liga, Negeri Sembilan diangkat untuk bermain diliga super hasil keberkesanan pengurusan menyelesaikan isu lesen. Siapa sangka Felda United akan diturunkan sementara T-Team dijadikan feeder club oleh Terengganu. Ini semua bukan hal baru dan Jang dah ulas bagaimana telah banyak kali format liga kita diubah sebelum ini dalam artikel https://www.ultrajang.com/negeri-sembilan-bakal-naik-liga-super-jika-menang-malam-ini/

Ahhh… indahnya! Jum kita lihat dalil-dalil yang Jang kumpulkan hasil siasatan Jang;

1. Liga Super perlukan pasukan yang benar-benar kuat dan mampu memberi saingan kepada JDT. 4 tahun berturut JDT dinobatkan sebagai juara MSL tanpa saingan dari pasukan lain, maknanya apa? Liga Super kelihatan seperti tidak berseri dan kompetitif lagi. Juara seperti sudah termaktub milik pasukan JDT, walau liga baru berjalan separuh musim. Pasukan lain beria-ria berebut tempat kedua dan ketiga serta pura-pura fokus saingan domestik lain. Maka kemasukan Negeri Sembilan dilihat sebagai pencabar kepada JDT. Nak harap Selangor? Pahang? Hmmm.. takkan Melaka kot?

2. Takkan nak naikkan PKNP satu pasukan sahaja? Dah la main petang panas terik kat Tanjung Malim tu,penyokong pula sekadar 100 orang. Hotel sedap takda. Balik-balik makan pau, balik-baik makan pau! Muka Jang pun dah tembam macam pau dah ni. Dari segi komersil dan marketing pun tak berapa nak ada. Nak buat live dari Tanjung Malim? Baik makan pau! Haa..pau lagi! Jadi sengajalah naikkan PKNP untuk cover Negeri Sembilan sekali.

3. Menyahut seruan FAM/FMLLP yang mahukan hanya pasukan yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan bermain diliga Super. Bukan bagitau semalam, kelmarin atau minggu lepas, dah bertahun bagitau kepada persatuan supaya persiapkan lesen, audit laporan kewangan, hantar ke FAM/AFC/FMLLP untuk pengesahan. Ini pakat dok lena sedap bak hang. Suruh audit akaun aje, bukan cari sponsor. Ni dah la sponsor duit kerajaan, minta audit tak mahu. Maknanya apa?

4. Negeri Sembilan telah berusaha untuk kekal diliga Perdana dengan kalah dan seri lalu mendapat tempat ke 5 tetapi FMLLP berusaha tanpa erti putus asa, tetap mahukan Negeri Sembilan di liga Super walau dikedudukan tercorot sekali pun. Maka apabila orang mengajak, tak manis pula kita tolak, kan? Mana budi bahasa kita apabila ditawarkan bermain diliga Super, kita tolak pula? Takkan nak kata kita nak tumpu liga domestik sebab alasan tu pasukan lain dah pakai. Hmm..

5. Sebenarnya mana-mana liga sama saja, baik liga super atau liga perdana. Yang membezakannya ialah dimana pasukan Negeri Sembilan bermain. Kat situ dah nampak betapa penting dan glamernya pasukan Negeri Sembilan. Kira crowd-puller lah. Jadi mudah la tugas Ampersand Sports menarik penaja selepas ini. Bila penaja tanya Negeri Sembilan main liga apa? Kalau jawab liga Perdana, macamana Coke,Nestle,100Plus,NIKE, Adidas nak letak duit RM100 juta? Kalau sebut “oh..Negeri Sembilan main liga super” syarikat ubat nyamuk Cap Ikan pun letak RM90 juta! Nampak?

6. Tugas Negeri Sembilan menjadi pembimbing dan pendidik kepada pasukan lain di liga Perdana telah selesai. Mereka kini telah boleh berdikari sendiri, malah pasukan Melaka kami bimbing dari liga FAM hingga ke liga Super. Apabila tugas selesai, maka kenalah pulang semula ke pangkuan liga Super. Jasamu dikenang Negeri Sembilan!

7. Jang tidak perlukan liga super tapi liga super yang perlukan Jang. Simple!

8. Walau bermain pada hari Jumaat diliga Perdana, Negeri Sembilan berjaya menjadi pasukan ke 5 membuat kutipan terbanyak jumlah pengunjung stadium musim 2017. Itu main hari Jumaat, sekarang kau bayangkan kalau main hari Sabtu lawan Selangor! Kat situ dah nampak kenapa perlunya Negeri Sembilan diangkat darjatnya semula.

9. Negeri Sembilan kan! Janganlah disebabkan hal kecil begini kau semua membenci pasukan kami dan berhenti menyokong bola sepak tempatan.

10. Untuk seimbangkan dan nampak adil Majlis Anugerah Kebangsaan nanti. Kau mana tau semua ni.

Sebenanya Jang sedih juga dengan nasib Felda United dan T-Team. Bagaimana dengan perasaan pemain, pengurusan dan penyokong mereka? Susah untuk kata ini salah mereka tapi susah juga kalau mereka terus diangkat bermain dengan lesen yang tidak lengkap sebab nanti menjejaskan reputasi dan kredibiliti FMLLP dan FAM.

Hmm..eh, jumpa Sabtu nanti! Ya, kita main Sabtu sekarang, bukan Jumaat lagi. Kau share dan sampaikan maklumat ini kepada seluruh warga alam, biar mereka tahu dan cemburu!

Jang,

Buapak Liga Super

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.