/Piala FA: Negeri Sembilan jentik telinga gergasi Merah Kuning di Selayang

Piala FA: Negeri Sembilan jentik telinga gergasi Merah Kuning di Selayang

Malam tadi di Selayang, pemegang tiket Selangor dan Negeri Sembilan dikehendaki masuk dipintu-pintu berasingan. Agak jauh juga pemisahan pintu masuk ini. Tetapi apabila sudah masuk, hanya pintu saja dipisahkan, diteres stadium, semua kene duduk bersama semula tanpa ada sebarang bentuk pemisahan diantara kedua belah penyokong. Jumlah kedua belah penyokong juga hampir sama ramainya. Mujur budi bahasa dan disiplin kedua belah pasukan kekal tinggi sehingga jam 12 malam. Tahniah dan hormat Jang kepada penyokong Selangor dan Negeri Sembilan atas penyatuan hebat ini. Untuk rekod, bukan semua penyokong pasukan bola mampu mengekalkan kewarasan ketika emosi sedang memuncak. Tak payah la Jang bagi contoh, kau faham la sendiri.

Sebelum perlawanan, Jang ada terfikir, kalah atau menang, tidak sepatutnya dijadikan penanda aras diliga mana pasukan itu bermain. Di Eropah, terutama piala FA di England, kelab kecil yang bermain di padang majlis daerah telah banyak kali mengecewakan kelab kononnya gergasi seperti Liverpool dan dalam bola sepak semua ini boleh terjadi. Justeru Jang yakin, dengan  momentum kemenangan dan semangat kesemua pemain Negeri Sembilan, mereka mampu melanggar mana-mana pasukan pun diatas mukabumi Malaysia ini.

Negeri Sembilan menurunkan kesebelasan pemain utama mereka, hmm, kalau semua import main tu, kita anggaplah kesebelasan utama kerana pemain tempatan bertukar ganti pun kita anggap mereka utama. Nampak tak bagaimana Jang angkat pemain tempatan? Sementara Selangor juga menurunkan barisan terbaik mereka dengan Forkey Doe bertindak sebagai penyerang. Maknanya apa? Kedua pasukan mahukan kemenangan dan menganggap semua perlawanan adalah penting. Yelah, kita dah main dalam liga Malaysia, jadi semua piala dan perlawanan adalah penting. Mana boleh kata kita asyik tumpu Piala Malaysia saja sedangkan pasukan lain dah bermain dipentas Asia. dolls! untuk bermain dipentas Asia, kau kene jadi juara dulu diliga Malaysia, kan? Realistik sikit bercakap tu. Jang bukan apa, Jang masih tak puashati dengan statement seorang kawan Jang yang anggap bermain dipentas Asia sebagai penanda aras. Komen beliau diFB kata, penyokong Negeri Sembilan baru menang 2,3 game dah lupa hal penswastaan dan beliau jadikan JDT sebagai penanda aras. Jang setuju JDT dijadikan penanda aras tetapi kalau JDT tak jadi juara liga Malaysia, boleh ke dia main AFF? Dan JDT boleh tidak tumpu ke Piala Malaysia bila bermain dipentas AFF.

Itulah benda yang buat Jang meroyan hal penanda aras seminggu dua ni.

Ok, kita kembali ke stadium usang dan menyedihkan di Selayang. Alahai, berapa duit sangat la letak scoreboard elok dan repair jam tu. Stadium Majlis Perbandaran Selayang ni bukan main ada papan iklan elektronik sekeliling padang, tapi jam dan masa permanian mati keras. Takda idea masa permainan dah masuk minit ke berapa dan berapa jaringan. Itulah Jang kata, kalau fasiliti stadium, semua nak dahulukan tempat duduk sedap untuk pemain, bilik persalinan sedap dan papan iklan elektronik canggih. Mabuk penanda aras la tu.

Ok2..okay..okayyyy..kita kembali ke padang permainan! Bagi Jang kedua pasukan mempamerkan mutu kesungguhan permainan yang sangat tinggi. 120 minit debaran tanpa maki (kecuali kepada pengadil yang jelas tidak kompatible dengan mutu permainan) betul-betul buat kesemua penyokng yang hadir puas. Kedua pasukan saling menggasak kubu lawan dengan rangkaian serangan yang berbagai. 10 minit pertama, 2 kali pemain Selangor dive (atau dijatuhkan) dalam kotak penalti tetapi pengadil meneruskan permainan. Amboi! lawan pasukan liga perdana pun nak dive! Forkey Doe bebarapa kali mendapat peluang tetapi samada diselamatkan oleh penjaga gawang Negeri atau tersasar. Satu gol beliau pula dibatalkan pengadil.

Ya Tuhan! Jang rasa nak lari dalam padang dan peluk Amar, penjaga gawang Negeri Sembilan yang power nak mampos, selepas dia terbang menyelamatkan tandukan 100% gol oleh Forkey Doe. Kau akan faham bagaimana sensitifnya Jang dengan penjaga gawang ni jika pasukan kau pernah bersama Syed Adney. Tak caya tanya penyokong Penang!

Barisan pertahanan Negeri Sembilan memang kesemuanya kene bekerja keras mengekang asakan Selangor. Nemanja Vidic tenang mengemudi dari bawah, semangat beliau bersatu dengan barisan pertahanan lain. Ditengah dan serangan, kesemua pemain import menunjukkan kesungguhan mereka. Kecergasan dan semangat mereka dijadikan contoh dan teladan untuk pemain tempatan. Itulah fungsi pemain import – untuk beri inspirasi kepada pemain tempatan. Jang bagi markah penuh untuk kesemua pemain Negeri Sembilan.

Sementara di Selangor, yang membezakan dan membawa perlawanan hingga ke masa tambahan dan tendangan penalti pula adalah Ugo Ukah dan penjaga gawang mereka yang cukup steady. Ukah mengawal kemas Bruno Suzuki dan beliau ada dimana-mana dalam padang untuk memastikan serangan Negeri Sembilan gagal. Kalau tiap minggu Ukah kene main macam ini, Jang rasa dia akan lari. Respek Jang kat Ukah! Tetapi bola sepak ini memang kejam, selepas 120 minit dan 5 tendangan penalti, Ukah menjadi dalang kerana sepakan terakhir beliau terkena tiang dan Selangor akhirnya kalah. Masa melihat tendangan Ukah terkena tiang, Jang tak tahu nak celebrate macamana, nak mosh ke? dive ke? pogo? headbanging? Tapi rata-rata penyokong Negeri Sembilan serentak mencapai orgasm yang solid.

Perit tapi itulah yang terpaksa ditelan penyokong Selangor. Dalam perlawanan hebat ini, Jang berpendapat tiada siapa patut rasa dipersalahkan atau kecewa. Kalah menang tu biasolah. Kalau Negeri Sembilan kalah pun, Jang akan rasa gembira dan puashati sebab selepas 90 minit, kesemua pemain dari kedua pasukan sudah kepenatan tetapi masih memberi komitmen luarbiasa di masa tambahan.

Ah! begitu indah melihat ‘pitch invasion’ dari penyokong Negeri Sembilan selepas perlawanan. Berlari kedalam padang pasukan tuan rumah dan berpelukan bersama pemain, seperti perlawanan akhir layaknya, tetapi SEMUA PERLAWANAN KALAH MATI ADALAH FINAL. Itupun nak kene Jang kabo baru tau.

Jang terharu rasa nak nangis! Inilah keindahan bola sepak tempatan yang kau takkan rasa jika kau hanya menyokong PSG yang kalahkan Barca 4-0. Untuk perlawanan menentang Terengganu Jumaat ini, Jang tak kisah apa pun keputusannya. Pemain sudah terlalu penat dan 2 hari masa berehat tidak cukup untuk recovery. Kita layan sambil makan keropok lekor aje la. Tak gitu mung?

Turun la stadium walau Negeri Sembilan bukan penanda aras kau. Apapun, Bola sepak kita wajah kita dan penyokong Selangor dan Negeri Sembilan telah tunjukkan wajah manis masing-masing. RESPEK!

Kongsi artikel ini: