April 27, 2024

Previu Perlawan | NSFC vs Sarawak United

3 min read

Sebelum den membebel lebih jauh pasal perlawanan malam ini, izinkan den terlebih dahulu memberikan ucapan tahniah kepada 703 penyokong yang hadir ke stadium pada perlawanan lepas. Kalau den boleh bertindak acah-acah MFL, den akan menganugerahkan pemain terbaik perlawanan kepada pemain ke-12 ini. Walaupun seharian berpuasa, itu tidak menghalang penyokong yang hadir untuk mengeluarkan suara menjerit, bersorak dan menghidupkan suasana stadium. Malah selepas perlawanan ditamatkan, para penyokong bersama-sama pemain bersama-sama menyanyikan Lagu Kebesaran. Dan den yakin, andai perlawanan lepas diadakan pada hari Sabtu, lebih ramai penyokong yang akan turun ke stadium seperti situasi yang sedang berlaku untuk perlawanan malam ini. Khabarnya tiket telah banyak terjual di mana tiket untuk Zon B dah sold out.

Clash of the top of the table. Itulah gambaran awal untuk perlawanan malam ini. Kedua-dua pasukan yang kini berada di tangga teratas liga pastinya mahu mencatatkan kemenangan seterusnya menjarakkan diri dari pasukan seperti TRW Kelantan dan Kelantan United yang turut berpeluang mencuri slot ke Liga Super. Walaupun bermain di laman sendiri, tekanan sudah tentunya lebih dirasai pasukan NSFC kerana ketika ini, NSFC hanya mendahului dengan perbezaan satu mata, dan Sarawak United mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan. Namun, aspirasi kemenangan ke atas TRW Kelantan minggu lalu sudah pasti akan digunakan para pemain untuk terus mempamerkan aksi cemerlang malam ini.

Bagi skuad NSFC, berkemungkinan akan ada perubahan di posisi penjaga gol selepas Muhaimin mengalami kecederaan bahu pada perlawanan lepas. Sama ada K. Devan memilih untuk menggunakan semula Kaharudin atau pun menurunkan Damien Lim yang menggantikan Muhaimin minggu lalu,den yakin akan keupayaan kedua-dua pemain ini untuk menjadi benteng terakhir NSFC berdasarkan persembahan sebelum ini. Barisan pertahanan yang diketuai Nasrullah juga perlu memainkan peranan membantu penjaga gol menghalang serangan Sarawak United yang bakal dibarisi penjaring terbanyak liga ketika ini, Uche Agba. K. Devan ketika diminta mengulas prestasi pasukan minggu lalu turut menekankan bahawasanya pasukan boleh menjaringkan gol, tetapi dalam masa yang sama turut melepaskan gol.

Den berharap Fahmi terus diberi peluang untuk beraksi sebagai first eleven tetapi den faham andai K. Devan tidak mahu mengambil terlalu banyak risiko memandangkan Sarawak United dibarisi pemain yang sangat berpengalaman baik dalam liga termasuk Liga Super mahu pun bermain untuk negara seperti S Chanturu, Nor Shahrul dan Christie Jayaselan. Den tertarik dengan taktikal K. Devan meletakkan Beom sebagai wing back minggu lalu. Position Beom di situ membuatkan serangan NSFC tidak terlalu berpaksikan satu arah, dan secara tidak langsung menyukarkan pihak lawan yang terpaksa menghadap serangan dari kiri dan kanan. Yang menjadi permasalahan, Beom mungkin tidak sesuai untuk bertahan dan jika Zamri mahupun Tasneem yang diturunkan malam ini, kedua-dua pemain ini bertanggungjawab untuk memperbanyakkan serangan dari kawasan mereka.

Seperti yang den sebut sebelum ini, Sarawak United adalah sebuah pasukan yang dibarisi pemain yang sangat berpengalaman. Selain pemain-pemain yang disebutkan sebelum ini, mereka turut mempunyai Sharbinee Alawee di pintu gol. Sharbinee baru sahaja melepaskan tiga gol, satu gol menerusi sepakan penalti ketika bertemu skuad Projek FAM-MSN dan dua gol ketika tumpas kepada PDRM minggu lalu. Bolehlah dikatakan kekalahan pertama Sarawak United ini berpunca dari kehilangan tiga pemain import mereka, Lee Chang Hoon, Sandro dan Taylor Regan yang mengalami kecederaan. Taylor Regan hanya sempat bermain selama 30 minit ketika perlawanan tersebut. Sudah pasti, penyokong Sarawak United mengharapkan ketiga-tiga pemain ini termasuk Uche Agba dapat diturunkan E. Elavarasan malam ini.

Perlawanan malam ini adalah perlawanan tumpuan selain satu lagi perlawanan tumpuan Liga Super. Bagi penyokong yang tidak dapat merentas negeri baik Negeri Sembilan mahupun Sarawak, mereka pastinya tidak mahu terlepas setiap aksi seperti penyokong yang dapat hadir ke stadium. Live streaming yang disediakan NSFC TV pastinya akan turut sesak dengan jumlah peranti yang cuba mengakses ke laman web tersebut. Para penyokong telah memberi sokongan dengan mengeluarkan duit untuk membeli akses perlawanan, NSFC TV perlu deliver 100% supaya penyokong tidak kecewa seperti sebelum ini. Dahlah baju third kit pre-order den tak dapat lagi tracking number ni. Hmmmm.

P/S: Bilo baju den nak sampai?

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.