/Harapan di bulan Januari

Harapan di bulan Januari

 Artikel kali ini adalah sumbangan saudara Amar Amir dari Briged Hadapan Tentera Gajah , Kuala Lipis, Pahang. Berminat untuk menyumbang buah fikiran dari sudut sukar, sila email ke ultrajangmag@gmail.com.

Musim perpindahan bulan Januari kembali lagi dan berikutan itu banyaklah gosip dan rumors yang muncul sekali gus membuatkan penggila bola sepak seperti aku sejam sekali bukak laman gosip bola sepak. Namun sebenarnya  kebanyakkan berita adalah indah khabar dari rupa dan tak masuk akal.

Bagi aku perpindahan bulan Januari adalah mengarut. Sukar untuk sesebuah pasukan membeli pemain yang mereka hajati ketika perlawanan liga masih lagi berbaki separuh dan pertandingan merebut  piala juga masih berlangsung. Tidak banyak pasukan yang sanggup melepaskan pemain mereka yang bagus dan top form  di tengah musim. Ini atas faktor kesukaran mencari pengganti yang sesuai dalam masa yang singkat dan juga kehilangan pemain ini akan menjejaskan rentak pasukan dan kestabilan dressing room. Jika pasukan pembeli degil juga nak pemain yang diidami itu, pasukan penjual itu akan tekan kaw-kaw harga, sampai berkaca mata CEO pasukan pembeli masa sign cek.

Justeru, bila mana kita membaca gosip kelab kegemaran kita ; dalam kes aku pasukan Arsenal, ingin membeli pemain yang tidak masuk akal, adalah lebih baik kita tekan close windows dan membaca gosip artis di BeautifulNara. Umum mengetahui Arsenal memerlukan pemain pertahanan tengah dan juga pemain tengah bertahan, jadi apabila membaca gosip Arsenal dalam proses berbincang gaji basic Mats Hummel atau Gundogan sedang mencari rumah sewa di London atau Moussa Sissoko dilihat makan malam bersama Wenger, ini sedikit sebanyak membuatkan hati aku berbunga-bunga dan rama rama dari perut pun terbang hinggap di bunga tersebut.

Namun apabila aku muhasabah diri kembali, aku sedar berita seperti, Ramli MS kahwin dengan cikadung IPTA, bini Awie simpan dildo besi dan cikadung yang peluk artis Kpop tu sebenar yahudi yang menyamar jadi cikadung sebab nak menghancurkan Islam adalah lebih wajar dipercayai dan masuk akal berbanding berita pemindahan pemain ke Arsenal.

Bukan lah tidak logik untuk Arsenal membeli pemain yang dikaitkan dengan mereka itu pada bulan Januari ini, namun mengikut trek rekod Arsenal dan berdasarkan nama penuh ;  Haji Arsene Bakhil Bin Lebai Wenger Kedekut, akhirnya penyokong Arsenal akan diperkenalkan dengan seorang pemain pertahanan berusia 35  tahun yang dibeli dengan harga 1 juta Pound, seorang pemain tengah berusia 34 tahun yang diloan dari kelab Scandinavia ; yang rupanya masih injured, dan seorang pemain muda berusia 17 tahun ; yang kemudian akan diloan ke kelab divisyen 2 Perancis.

Kesudahannya, penyokong Arsenal akan husnuzon dengan pembelian Wenger. Pasti Wenger ada perancangan sendiri. Dan di penghujung musim, rupanya perancangan Wenger itu adalah untuk mendapat tempat keempat dan bermain Champion League musim depan. Perancangan yang kita tak pernah terfikir dan sangat genius dari Tuan Profesor.

Walaubagaimanapun, aku sebagai seorang penyokong yang sokong membabi buta dan percayakan Wenger macam atuk aku sendiri, tetap akan membuka laman gosip bola sepak dan tetap akan berbunga hati bila baca Arsenal dikaitkan dengan mana-mana pemain walaupun ianya tidak masuk akal. Dreaming is Free, kata Debby Harry. Ciao!

 

wenger5

 

“one way or another, im gonna getcha.getcha getcha getcha!”

Kongsi artikel ini: