NSFC | Siaran Tergendala Sebentar
3 min readIzinkan Jang mengulas sedikit hal yang berlaku malam tadi berkenaan siarang ‘terlangsung’ perlawanan diantara NSFC menentang TFCII di Paroi. Walaupun ini urusan NSFC, tetapi tetaplah menjadi tanggungjawab Jang untuk menyampaikan kedudukan sebenar, apa yang berlaku, supaya kau semua mendapat info tepat. Lagipun, menyampaikan hal situasi sebenar kepada penyokong adalah hak Jang secara langsung kerana Jang tidak suka kau semua teraba-teraba dalam kegelapan lalu mencipta berbagai spekulasi serta tuduhan. Walhal kau memang suka meraba-raba.
Untuk rekod, Jang juga tidak menghalang, malah mengizinkan kepada kau semua untuk marah dan baling bantal, hempas handphone, ketap gigi, lari setempat dan memaki diruangan komen asalkan kau semua puas. Kerana dalam bercinta, kadang-kadang makwe tak dapat keluar kerana abah eh tak bagi, tapi kau dah keluar belanja beli tiket wayang. Siang tadi makwe kata ok, boleh keluar tengok midnite, kau pun terconggok la kek Terminal 1 dan hari pun siang. Anti-klimaks, plot twist, kasih tak kesampaian blahblah.
Mula-mula sekali, suka Jang katakan, hak siaran langsung untuk pasukan Negeri Sembilan akan dilakukan sendiri oleh NSFC. Ini adalah satu berita manis kerana NSFC secara langsung dapat mencipta pulangan kewangan kepada pasukan. Pay Per View (PPV) dilihat sebagai satu pilihan solid kerana penonton tidak dibenarkan masuk kedalam stadium. Bukankah pasukan mencari duit sendiri adalah idaman kau semuo?
Adapun ianya bukanlah tugas mudah seperti membuat FB live dengan handphone Samsung. Segala macam mak nenek teknikal telah dan sedang dalam penambahbaikan dari team siaran langsung NSFC. Mereka menambah video kamera baharu untuk mendapatkan 2 angle sedap dan zoom kualiti 4K. Mereka membeli 2 headphone dan mic sedap agar kualiti komentator menjadi lebih baik dan mereka juga membayar itu ini untuk dapat buat replay agar kita semua berpuashati. Perlu diingat! mereka bukan pro kerana jika kita upah pro, bayaran mereka sama dengan gaji seorang pemain import ASEAN.
Buat siaran langsung ini juga bukanlah satu matematik mudah 2 x 4= Liverpool. Jika ianya mudah, kita tiada isu hak siaran langsung pun untuk Liga Malaysia. RTM, Astro dan Media Prima dah tentu beratur hendak menaja bola sepak kita jika ianya mudah, murah dan sekadar makan passion. Tapi itu cerita lain lah. Panjang jadinya kalau semuo Jang nak segulek an kek sini.
Apa yang berlaku malam tadi adalah request link yang terlampau tinggi atau luarbiasa mencecah sehingga 700,000 request. Menjadikan ianya agak pelik, 12,983 request ini datang dari negara China, 6,767 dari United States, 6,188 dari Singapura, Liverpool nombor 8 dan 699,022 dari Malaysia. Sedangkan yang benar-benar asli hanya sekitar 3000 sahaja. Hal IT ini bukanlah kepakaran Jang, tapi mujur kita ada Pakar IT Pakar Ekonomi, Gaya hidup kini dah berubah, Saudara Tom Bombadil menerangkan kepada Jang situasi tersebut. Apabila permintaan untuk akses kepada laman web NSFC terlalu tinggi, crash la kawan tu. Jang fikir hal ini juga berlaku kepada siaran langsung EPL, dimana banyak website pirate ada menyiarkan juga perlawanan-perlawanan pilihan. Jang tau la sebab Jang selalu tengok bola EPL guna website. Eh? Jadi jika EPL yang dah cukup keramat nilai hak siaran langsungnya juga tak terlepas dari isu sebegini, apalah kito yang Sikamat?
Suasana kelam kabut di studio NSFC di teres Grandstand malam tadi memang tegang. Muka masing-masing kalau ditoreh tak keluar darah. Tapi mereka tidak duduk diam, terus mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Mereka terpaksa menukar link platform dan membeli hosting baharu pada kadar lebih mahal untuk melawan virus ini.
Tak tenang Jang menengok bola malam tadi. Tapi elok Jang cerita pada kau semua, camna Rafael pecah dara menjaringkan gol cantik untuk menyamakan kedudukan. Mula-mulakan, Rafaelkan dia dapat bola, lepas tu kan, dia kelicik kiri, dia kelicik kanan, lepas tu kan..tiba-tiba..
Oklah, Jang tak nak kau semuo simpan dalam hati hal begini lamo-lamo bona. NSFC juga telah memohon maaf dan bersetuju untuk memberi siaran percuma kepada kau semuo pada perlawanan akan datang dan rata-rata penyokong memaafkan NSFC. Bagi Jang, itu adil. Samada lawan selepas ini MSN atau Barcelona, itu bukan isunya. Macam Jang koba tadi, kau berhak untuk marah-marah hentak kaki kerana bukan nilai tiket RM11 itu yang kau geramkan, tapi passion dan spirit kau bersama pasukan itu yang terlalu tinggi. Untuk itu, Jang salute kau semuo.
Jang,
Broadcasting My Rights
p/s: sekadar info nasi tambah nak sodapkan hati, banyak juga siaran langsung di Liga Super dan Perdana yang mengalami masalah.