/Entraîneur Malaisie génie

Entraîneur Malaisie génie

Siapakah yang sesuai melatih pasukan Malaysia? jurulatih import atau tempatan?

2015 dan kita masih lagi dalam situasi sulit memilih jurulatih untuk pasukan bolasepak Malaysia. Kesulitan ini bukan pening pada isu import atau tempatan sahaja tetapi yang nak dilatih nanti juga susah nak menerima corak taktikal dan dibentuk. Dengan kata lain, dah liat. Kebanyakan pemain kita juga sudah terlalu selesa dengan corak latihan dan permainan sekarang.

Ken Worden dulu lagi sudah berkerut mukanya bila melatih pasukan Selangor dan Malaysia pada tahun 1994. Akhirnya dia mengakui kesukaran menerapkan corak latihan baru kepada pemain Malaysia kerana basic football seperti menahan dan membuat hantaran pemain kita masih lemah, bagaimana mahu bercakap tentang taktikal?

Kalau kita lihat senarai jurulatih import yang telah melatih pemain kita, Jang boleh cakap, nama-nama besar bolasepak telah pun turun dan diberi peluang. Antaranya Frank Lord (1985), Richard Bates, Trevor Hartley, Claude Le Roy dan Allan Harris. Nak panggil bangsa apa yang pandai main bola? bangsa Inggeris, Perancis, Jerman (Weigang-1982), semua sudah sampai dan mendidik tapi bolasepak kita secara konsisten merudum.

Ada juga jurulatih import ini give up melatih pasukan bola kita kerana tak tahan campur tangan orang lain yang sesama sibuk nak menjahanamkan bola negara. Campur tangan ini selalunya kalau tak dari football director, FAM atau Datuk Menteri.

Tetapi Jang bersetuju juga dengan pandangan bekas jurulatih negara, B. Sathianathan mengatakan jurulatih import tak semestinya bijak. Betul Sathia, tapisekurang-kurangnya dia tak kenal dengan mana-mana pemain kita, jadi pemilihan pemain berdasarkan pilih kasih mungkin dapat dielakkan. Apa? Ingat takda ke pemain dapat main Malaysia sebab jurulatih pilih kasih? Main sebab dipilih oleh pegawai FAM pun ada!

Jurulatih import yang baru juga mesti diberi kebebasan untuk membawa sekali staff mereka. Mesti diberi kebebasan memilih penolongnya sendiri, jurulatih kecergasan sendiri dan bagi saja la apa dia hendak. Senang kalau tidak berjaya juga, dia takda alasan nak kata itu ini. Kalau pilih Desailly, biar dia pilih siapa pasukannya. Tak payah nak letak mana-mana melayu jadi assistant coach.

Bojan Hodak bukan pilihan sebab dia sendiri sudah selesa dengan beberapa pemain dan stamina mereka. Lim Teong Kim juga tidak boleh, bukan sebab dia bersama NFDP tetapi sebab lain (rahsia)

Jang pun tak tau siapa yang sesuai dan boleh sebenarnya tapi dia mesti import, bukan tempatan.

Bercakap hal jurulatih import ni juga, pasukan Negeri Sembilan telah melantik satu jawatankuasa pemilih untuk mencari jurulatih baru bagi skuad Jang musim depan. Jawatankuasa ini akan ke luar negara (atau telah keluar negara) untuk mencari jurulatih ini.

Itulah jadinya bila jawatan dan kuasa digabungkan.

Tunggu laporan ultrajang.com pasal hal ini nanti.