/Bola dalam kawasan siapa esok?

Bola dalam kawasan siapa esok?

Jang tengok Nuor Muso ni pesen suko mengadu kat facebook. Takda pitih nak bayar gaji pemain, ngadu kat facebook, tak dapat duit banyak dari FAM, ngadu kat facebook. Budaya ngadu kat facebook ni ada bagusnya tapi ada banyak tak bagusnya. Pertama, Nuor Muso dapat feedback cepatlah dari orang ramai, nampak dia buat kerja sikit. Yang tak bagusnya, FAM tak baca facebook sangat.

Jang tak tahulah Nuor Muso ni ada buat aduan rasmi secara bertulis kat FAM atau tidak, tetapi facebook, whatsapp dan media sosial belum dianggap sebagai urusan rasmi.

Mujur setiap update beliau akan difollow up oleh pihak suratkhabar. Reporter lah yang tolong sampaikan pulak ke FAM atau bertanya ke Menteri Sukan. Hari ini tanya KJ, Kj jawablah, esok reporter tanya FAM pulak, semua saling menjawab di ruangan belakang suratkhabar. Mujur ada reporter, kalau tak mereka semua bertekak kat facebook saja dan hari pun malam…

Steady juga sebenarnya Nuor Muso guna facebook, tapi bersedialah jika dihentam oleh pengguna lain. Kalau dia tenang walau dihentam teruk di facebook macam PM kita, Jang angkat duo ibu jari untuk dia. Bukan apa, ada satu persatuan bola negeri tu, bila kene hentam di facebook, dia hantar sekumpulan abang beg silang datang gegar. Tak manis lah…

Budaya guna media sosial untuk menentukan hala tuju dan maruah bolasepak negara ini dan saling memberi kenyataan di belakang akhbar takkan bawa kemana. Dia macam long ball la, ditendang jauh, dikejar tak larat.

Tapi Jang tak puashati kenapa Nuor Muso tak tahu tentang pembahagian hasil tiket sedangkan ianya sepatutnya sudah ditentukan sejak dulu lagi. Paling penting, takkan Nuor Muso tak tahu siapa yang dapat untung lebih? Mustahil la!

Takpa, kita tengok bola dalam kawasan siapa esok untuk ditendang ke muka warga bola.

Sementara itu, Jang tengok bukan main lagi orang puji Lim Teong Kim bila dia kata skuad NFDP belum cukup bagus. Itulah.. kalau Jang cakap kang, kata Jang ni tak membantu, kalau tak cakap kang… ah! korang main la RT dan FAV kat twitter tu dulu.

Memang gila bolasepak Malaysia ni dan ultrajang.com belum bersedia untuk gila bersama.