April 27, 2024

Buat baik berpada-pada, buat Eva jangan sekali!

2 min read

Tiada apa yang lebih menggembirakan peminat bolasepak bila melihat pasukan Chelsea di-ayamkan oleh Manchester City di Etihad stadium semalam. Gol jaringan cantik Sergio Aguero, Vincent Kompany dan Fernandinho membenamkan ego ‘yang teristimewa’ Maurinho jauh dilubuk yang paling dalam.

Padan muka!

Manchester City bermain cantik seperti selalu dan boleh dikatakan mereka akan kekal top 4 untuk tempoh yang lebih lama lagi. Diego Costa dikawal ketat Fernandinho dan Kompany. Mereka tahu, jika Diego Costa terlepas, buruk padahnya. Hazard malam tadi hanya sekadar hazardous pada namanya saja. Gaya permainan lama beginilah yang tiada pada fikiran Maurinho. Hanya 2 pemain ini yang patut dikunci pergerakan mereka jika mahu kemenangan keatas Chelsea. Willian, Matic semua tu kawal biasa-biasa sudah sementara Falcao (pemain pinjaman termahal dunia)…anggap saja dia tiada dalam padang.

Perkara yang sama perlu dilakukan jika mahu menang terhadap City. Pemain pertama perlu dikeluar-bariskan adalah Aguero. Kualiti Aguero sebagai pemain terlalu hebat untuk kesebelasan Chelsea. Pemain kedua pula yang patut diterajang keluar adalah David Silva. Jangan buang masa hantar 2 pemain mengawal Silva sebab dia akan terlepas juga. Jadi jalan paling selamat adalah terjah belakang buku lalinya.

Bila 2 pemain ini tiada, baru fikir strategi untuk menang keatas City.

Beberapa insiden menarik malam tadi adalah kecederaan serentak yang berlaku terhadap Costa dan Cahill dan Chelsea kekurangan staf medik untuk membuat rawatan. Ini memaksa staf medik dari Manchester City ikut sama membantu memberi rawatan. Dimana Dr Eva? Dia dirumah menguntum senyuman.

Diberitakan sehingga petang ini juga Ramires masih lagi merayakan jaringannya dan hanya beliau yang masih ingat keputusan perlawanan adalah City 3-1 Chelsea.

Ingat! kegembiraan sebenar bolasepak belum berakhir. Tunggu!

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.