April 27, 2024

CATATAN HARIAN SEORANG ‘BLUESMAN’

3 min read

8 OGOS 2015
“NASIB TERBAIK ADALAH TIDAK DILAHIRKAN, YANG KEDUA DILAHIRKAN TAPI MATI MUDA DAN YANG TERSIAL ADALAH UMUR TUA. RASA-RASANYA MEMANG BEGITU. BAHAGIALAH MEREKA YANG MATI MUDA”
Louis van Gaal menunjukkan jalan keluar dari gerbang kayangan kepada Falcao. Chelsea melambai-lambai dengan penuh mesra menyambut kedatangannya. Aku tak nampak apa sebenarnya yang menarik pada Falcao. Dia sudah tak ada apa-apa nak dibuktikan lagi. Ketika berada di A. Madrid, Ya! Dia memang seorang ‘killer’ masa itu tapi selepas kecederaan serius yang dialami dan bersetuju keatas permindahan lumayan ke Monaco, aku tak nampak apa lagi yang hebat mengenai lelaki Columbia ini.

16 OGOS 2015
Jose Mourinho memang seorang jurulatih yang hebat dan penuh taktikal. Kemana saja dia pergi melatih bola sepak pasti akan membawa kegembiraan kepada sesiapapun. Buangkan saja dia di Liga Itali, Liga Inggeris mahupun La Liga pastinya kejuaraan akan dikecapi. “TETAPI AKU PUNYAI KESADARAN YANG TEGUH, BAHWA.. ‘LET THE DEAD… BE DEAD”

23 OGOS 2015
Aku bukan pakar taktikal ataupun handal bermain bola, tetapi yang aku hairan mengapa Jose Mourinho menolak Nemanja Matic ke bangku simpanan dengan penuh keegoan dimana Matic adalah salah seorang pemain yang banyak membantu skuad pada musim lepas. Mengapa Jose? Bukankah ini ibarat “POTONGLAH KAKI TANGAN SESEORANG LALU MASUKKAN DI TEMPAT 2 X 3 METER DAN BERIKANLAH KEBEBASAN PADANYA..” dan aku masih percaya semuanya disebabkan Matic kehilangan ‘key factor’ dibahagian tengah Chelsea ketika ini.

29 OGOS 2015
“..NOBODY CAN SEE THE TROUBLE I SEE, NOBODY KNOWS MY SORROW”
Menulis mengenai Fabregas diruangan ini membuatkan aku sedikit sedih, Fabregas yang sebenarnya adalah ketika dia bermain bersama Arsenal. Itulah sebenarnya tempat budak magik itu, lahir dari akedemi muda Barcelona, berkelana ke Kota London dan kembali ke Barcelona semula. Bila Fabregas bergambar memegang jersi pasukan Chelsea, aku cuba menyakinkan diri sendiri yang bayangan hitam yang mengekori beliau akan segera hilang. Musim pertamanya kelihatan awan mula berarak di langit biru London setelah mendung berterusan di Nou Camp, dan memasuki musim kedua dengan aksi tak konsisten. Memang benarlah yang Arsene Wenger seorang professor bola yang agung.

19 SEPTEMBER 2015
Pagi ini aku mendengar satu berita kurang enak dari Kota London, kedengaran bisikan-bisikan kurang enak keluar dari bilik persalinan pemain. Perbalahan dan ketidak harmonian skuad boleh saja memecah-belahkan kelab. Kedengaran beberapa pemain senior mula naik berang dengan sifat ego pengurus, adakah peristiwa lepas akan diulangi semula? Mungkin “LEBIH BAIK DIASINGKAN DARIPADA MENYERAH PADA KEMUNAFIKAN”. Apa yang membuatkan Jose Mourinho istimewa adalah sifat ego dan keras kepalanya. Mungkin sebab itu Eva Carneiro meninggalkan pasukan dulu?

3 OKTOBER 2015
“..DAN SEORANG PAHLAWAN ADALAH SEORANG YANG MENGUNDURKAN DIRI UNTUK DILUPAKAN SEPERTI KITA MELUPAKAN YANG MATI UNTUK REVOLUSI”
Keluarnya Frank Lampard dan Peter Cech dari Chelsea dan meninggalkan John Terry keseorangan tergapai-gapai memimpin para pemain muda dan baru menimbulkan perasaan sedih yang teramat di kalangan peminat The Blues. John Terry memang seorang kapten yang berwibawa tapi untuk menjadi seorang pemimpin dan memberikan arahan di atas padang dia tak mampu lakukan keseorangan. Chelsea kehilangan pemimpin dan penentu perlawanan. Kadang-kadang suatu revolusi itu perlu dibayar dengan benda yang tak ternilai harganya.

24 OKTOBER 2015
Aku rasa beruntung kerana Chelsea dilimpahkan dengan pemain-pemain yang bertaraf dunia seperti Hazard, Ivanovic, Costa, Oscar mahupun Pedro. Yang aku rasa rugi adalah sistem yang diamalkan oleh Jose Mourinho saban minggu. Untuk musim ini saja, Jose Mourinho tak melakukan apa-apa yang menarik di bursa perpindahan pemain. Dengan skala kecil pemain yang sama di sisi Jose Mourinho yang bermain saban minggu, adakah itu menunjukkan bahawa Jose Mourinho seorang yang pintar? Bagaimana jika seorang pemain itu ‘out of form’ ataupun mengalami kecederaan? Jadi boleh dikatakan, Chelsea pada musim lepas mempunyai sedikit tuah di bawah kendalian ‘The Special One’. “YANG PALING BERHARGA DAN HAKIKI DALAM KEHIDUPAN ADALAH DAPAT MENCINTAI, DAPAT IBA HATI, DAPAT MERASAI KEDUKAAN..” Bukankah bola sepak itu menarik untuk dikongsikan bersama, berkongsi rasa gembira dan duka bersama dikalangan pemain?

7 NOVEMBER 2015
Khabar angin terbang dari bumi Russia, pengurus tertinggi kelab dah memberi amaran keras kepada Jose Mourinho. Kekalahan pada hari ini tak semestinya akan berlaku lagi di masa hadapan, jika Jose Mourinho ditunjukkan jalan keluar sekali lagi dari sini mungkin ada baiknya kerana “KITA TAK PERNAH MENANAMKAN APA-APA, DAN KITA TAK’KAN PERNAH KEHILANGAN APA-APA…

Artikel ini ditulis oleh Mika Rot, Jerman Barat.

0Shares

3 thoughts on “CATATAN HARIAN SEORANG ‘BLUESMAN’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.