April 27, 2024

NFDP

2 min read

Coming Soon. Join the revolution.- kata website nfdp.cc bila aku cuba nak ambil tahu sedikit hal Pelan Pembangunan Bolasepak Negara ini. hmmm.. itu je maklumat yang ada setakat ini. Tapi di Facebook dan twitter, kencang la.

Aku masih skeptikal dengan NFDP dan tolong jangan salahkan sikap skeptikal rakyat Malaysia pada kebanyakan program negara. Ianya bagai satu pelan lama yang di pakaikan baju baru. Macam kempen jangan merokok, di beri nafas baru kepada kempen ‘Tak Nak’. Dah berapa dekad kempen ini berjalan, ada statistik tak atau keputusan berapa peratus kejayaan kempen ini membuatkan orang berhenti menghisap rokok? Takda kan? Tapi peruntukan yang lebih besar untuk kempen yang di beri wajah baru semakin bertambah nampaknya.

Justeru, aku tak pernah ambil tahu pun NFDP ini. Sesekali aku terlihat gambar kanak-kanak bermain bolasepak di akaun twitter NFDP yang di RT. Perlu diingat! tak pernah ambil tahu bukan bermaksud tidak suka. Bagi aku apa saja perkembangan baik untuk bolasepak negara, aku suka. Macam TMJ bawa JDT ke aras baru bolasepak mereka, aku suka dan sokong. Mungkin aku hanya percaya pada revolusi yang real, bukan berlandaskan platform politik.

Apapun, 2, 3 hari lepas, aku ada terbaca di akhbar Harian Metro (yang aku baca di kedai kopi) tentang kemelut (eceh!) yang berlaku dalan NFDP ni. Dia macam Kemelut di Muara Kasih la. Di beritakan beberapa jurulatih tempatan berhenti kerana tidak berpuashati dengan Lim Teong Kim. Tak puashati kene buat report, tak puashati sebab kene keluar kawasan untuk beberapa minggu dan hanya di beri short notice. Tak puashati sebab ada beberapa hal tentang bolasepak tempatan yang harus Lim Teong Kim faham dahulu. Tak puashati, kata Lim Teong Kim ni mintak report, entah baca entah tidak.

GILA! Aku tepuk meja dan kopi aku tertumpah sedikit.

Dalam hal ini, jurulatih yang memberontak tidak salah, kerana mereka mungkin masih mahu kekal dengan attitude makan gaji mereka, bukan berniat nak betul-betul majukan bolasepak mengikut kehendak NFDP. Kalau di beri gaji suruh latih, latih aje la. Habis masa, balik. Kalau kene buat kerja lebih sedikit, terus memberontak.

Lim Teong Kim pun tidak salah. Dia hanya ikut apa yang dia tau semasa menjadi tenaga pengajar di Bayern Munich. Tapi, mengikut statistik di antara Lim Teong Kim dan jurulatih lain itu, Bayern Munich telah berjaya menghasilkan ramai pemain dari akademi mereka sendiri, atau kata lain, Teong Kim dah buktikan melalui kejayaan Bayern Munich. Ikut la cakap dia. Apa nak kene adjust pulak dengan “hal bolasepak tempatan yang kene faham dulu’?

Dan,kalau dah kene buat report tu, buat aje la! Bos baca ke tidak bukan hal kau lagi. oh! mengikut sumber Harian Metro itu lagi, beberapa jurulatih mengalami kesulitan kerana tidak pandai menggunakan komputer. oklah, part ini aku faham.

Bagaimana agaknya bila kanak-kanak suci dengan kaki yang masih lembut untuk di asah skil mereka tahu yang jurulatih mereka bergaduh sesama sendiri? Mesti mereka sedih. Bagaimana kalau mereka tahu jurulatih mereka bergaduh sebab tak tahu guna komputer? Mesti mereka ketawa.

download

Kalau ianya sebuah program, ianya boleh di programkan semula.

 

 

 

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.