/PERMATA YANG HILANG

PERMATA YANG HILANG

Sekali lagi ultrajang.com membuka peluang kepada semua pencinta bola untuk menulis, menghentam atau memuji apa saja hal berkaitan bola samada dalam liga taman, daerah, negeri, negara dan international.

Hantar artikel anda ke ultrajangmag@gmail.com dan artikel terpilih akan disiarkan. Syaratnya mudah saja, ejaan mestilah menggambarkan yang anda pernah pergi sekolah.

Artikel kedua tulisan Mika Rot dari Discarnage Fanzine. Enjoy!

PERMATA YANG HILANG KINI TELAH DIJUMPAI?

Engkau baca tajuk artikel ini pastinya dah naik meluat jika engkau bukan seorang yang sentimental atau bukannya seorang blues sejati, budak-budak Noisegrind pastinya dah ketawa terbahak-bahak.

Aku tak tahu mengapa hidup aku ini sentiasa dekat dengan kelab gersang dari Merseyside, Inggeris ini. Makwe pertama aku seorang fans Liverpool, kitaorang dah terpisah lama sejak magis di Istanbul dulu, dan sekarang aku bertemu lagi dengan seorang wanita yang juga fans Liverpool. Mungkin dah jodoh! Aku bukan nak ber-KLMJ (pinjam ayat power dari Din Roots) tapi nak menulis mengenai pasukan gersang engkau ini. Bila Brendan Rodgers ditunjukkan jalan keluar dari Stadium Anfield, hati aku penuh berdebar,sedih dan gembira nak mampus. Engkau jangan tak tahu Brendan Rodgers sedikit pernah merungkai sumpahan puaka Kenny Dalglish. Ahh!! persetan dengan Rafa Benitez, dasar poser bola sepak! ada hati nak nak lawan Sir Alex Ferguson aka The Godfather of Manchester.

Brendan Rodgers dah keluar dan pastinya akan menumpukan segala baki taktikal beliau ke bidang makanan segera, dan kini seorang hamba marhaen yang dipanggil sebagai Jurgen Kloop pula cuba merungkai sumpahan puaka Kenny Dalglish. Jurgen Kloop jika ditanya 22jam sebelum rasminya menurunkan tandatangan beliau di surat hitam putih di pejabat agung inderapura Liverpool, ada berkata “saya lebih tertarik dengan cuaca di Belanda, kukusan dan putaran ayam golek Belanda bercicahkan madu berbanding cuaca dan makanan di England”. Engkau dah boleh nampak kuasa empayar revolusi misi-19 Liverpool berjalan dengan senyap. Engkau jangan tak tahu yang Liverpool dah lama menabung dalam akaun simpanan Bank Liverpool untuk membawa Jurgen Kloop. Engkau kena tahu yang menabung adalah amalan mulia, cuma terpulang kepada engkau nak menabung di bank-bank kapitalis yang mana. Kalau aku simpan dalam buluh dan tanam bawah rumah sambil menunggu buluh itu membiak dengan jayanya.

Kelab engkau bila bab kewangan tak power jangan harap nak menjajah dunia malahan Portugis dan Jepun masa zaman rebel mereka pun perlu sokongan kewangan yang utuh untuk menjajah Tanah Malaya. Lainlah seperti Manchester United, power dari semua sudut, dan dengar-dengar ahli jawatan tertinggi Manchester United yang diwakili oleh Sir Ryan Giggs sedang giat membeli belah di IKEA, katanya kali ini nak beli beberapa buah kabinet dan rak baru yang bertingkat-tingkat disebabkan kabinet serta rak sebelum ini tak mampu nak menampung berat 20 biji piala liga perdana Inggeris. 20 biji geng! bukan 18 biji jenama lama! Lainlah macam satu kelab asal London itu, dahlah stadium kecil, kabinet piala pula beli di Pasar Karat dekat Uptown, kata pakcik Guard yang menjaga stadium.

Jurgen Kloop ketika era muzik ‘rock kangkang’ mula menapak dan menjadi trendy di Malaysia, bermain di posisi pertahanan ketika mewakili kelab Mainz, gol pun banyak dan pastinya jaringan gol beliau lagi banyak dari penjaring terbanyak sepanjang zaman Inggeris, Abang Wayne Rooney. Beza dua gol saja sebenarnya. Jika mentaliti Jurgen Kloop ketika bermain bersama Mainz dibawa ke Liverpool aku tak hairan jika Liverpool digelar “hambar-liverpool”, “the parking bus part 2” dan sebagainya, tapi itu kalau. Jika mentaliti juara yang diserap ke dada pemain-pemain Borussia Dortmund yang berbulu itu diterapkan ke dada-dada pemain Liverpool, aku takut sumpahan puaka Kenny Dalglish itu akan bakal terungkai. “Jika Benteke ini berdiri didepan aku, pastinya dah lama aku tumbuk, celaka cantik sungguh aksi akrobatik lipatan gunting dia ketika menentang Manchester United baru-baru ini, dia tak tahu Rusdi Suparman dah buat pattern gol serupa ini beberapa tahun sebelum dia, mohon Farah Ann juga belajar aksi ini dari Benteke” Kata seorang peminat bola sepak tempatan yang menjual durian di tepi highway menuju ke Kota Kinabalu.

Ada persamaan sebenarnya jika engkau perhatikan, mengapa Jurgen Kloop dan Liverpool dipertemukan jodoh. Salah satunya dia seorang yang setia, sebagaimana Ultras dan para hooligans Liverpool berdiri dibelakang kelab sejak dari dulu lagi. Pasal itu pak cik aku dulu pernah berkata kepada aku, “jika engkau nak cari pasangan hidup carilah wanita yang minat pasukan bola sepak Liverpool”. Jurgen Kloop juga seorang yang mempunyai sisi humor yang terbaik atau orang KK, Sabah panggil, pandai membuat ‘lawak-lawak opis’. Contoh ‘lawak-lawak opis’ yang terbaru dari Jurgen Kloop ketika ditemuramah oleh wartwawan Melodibola di pejabat agung Inderapura Liverpool berbunyi, “Adakah anda seorang yang istimewa” lalu Jurgen Kloop membalas “Tak, saya seorang yang normal, suka dengan burung”. Liverpool tak kurang hebatnya dalam bab ‘lawak-lawak opis’ ini. Contohnya, ‘sila datang lagi bila anda dah cukup kuota’, Jurgen Kloop juga mengingatkan aku kepada Jim Carrey, sama sial! dan Jim Carrey selain meminati muzik berat bawaan Cannibal Corpse juga pernah meminati pasukan Liverpool.

Hamka ada menulis didalam buku maha agung beliau yang berjudul TERUSIR, berbunyi “Tidak lama saya dapat menjual diri saya dengan jalan sedemikian, kerana saya pun beransur tua. tua lebih dahulu daripada waktunya.” Jurgen Kloop baru berusia 48tahun, dan The Godfather of Manchester United, Sir Alex Ferguson ketika mula-mula memijak kaki ke rumput stadium ‘Pentas Impian’ baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 beliau dan para Ultras dan hooligans Liverpool yang lahir ketika Kenny Daglish memahatkan sumpahan puaka beliau di Anfield rata-rata dalam lingkungan umur 25-27 sekarang. Segala mantera atau jampi pastinya akan digunakan untuk merungkai sumpahan puaka itu.

Berjayakah Jurgen Kloop merungkai sumpahan puaka itu? Adakah Jurgen Kloop ‘permata yang hilang kini telah dijumpai’ di Kota penuh ranjau Liverpool? Lantak kaulah, kelab engkau!!