Saya Rajagopal dan ini kisah saya…

Jang masih dalam mood Merdeka sehingga Hari Malaysia pada 16hb September nanti. Satu hal yang cukup mudah kita rakyat Malaysia perlu/mampu lakukan pada waktu ini ialah memeriahkan mood Merdeka. Ya, hanya perlu memeriahkan sahaja, tidak perlu menghayati atau merasai denyut nadi pejuang lampau. Buatlah perkara terpaling mudah dengan menaikkan bendera Malaysia dimana-mana. Jika hal semudah itupun kita mencipta 100 alasan, Jang jamin, jika hal berat nescaya kita tidak mampu lakukannya.

Jadi, pada cuti Merdeka hari itu (Isnin) Jang menyahut ajakan sahabat Jang dari Brother Khal dari Padangbolasepak untuk bermain 7 sebelah bersama jurulatih berwibawa, Rajagopal di Shah Alam. Walau badan Jang masih penat kerana memandu dari bercuti ke Ipoh semenjak Sabtu, namun Jang tidak mahu menjadikannya alasan. Apatah lagi Khal menyediakan sepersalinan lengkap untuk digunakan. Seperti Merdeka, peluang bermain bersama coach Rajagopal ini bukan datang selalu tanpa Jang perlu merasai perit berlatih. Nampak?

Untuk rekod, program santai ini juga untuk memberitahu tentang sebuah buku bertajuk ‘Saya Rajagopal’ yang bakal dilahirkan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan. Jang diberitahu, buku ini mengisahkan kehidupan Rajagopal semenjak kecil di Setapak Air Panas, bermain bola sehingga ke peringkat terpilih bersama Selangor dan Malaysia. Rajagopal juga akan membongkarkan beberapa kisah sensasi yang bakal meruntun perasaan lelaki bola sepak kau semua. Nak tau? Beli nanti.

Jang anggap tak banyak lagi buku tentang tokoh bola sepak dilahirkan di Malaysia walhal mereka ada banyak cerita menarik untuk kita semua ambil tahu dan jadikan rujukan. Jang sendiri tak sabar mahu mendapatkan naskah ‘Saya Rajagopal’ nanti. Sama-sama kita tunggu.

Sebab Jang penat jadi prestasi Jang dalam padang pada perlawanan persahabatan itu agak kucar-kacir seperti tiada pedoman. Malu Jang pada coach Rajagopal, walau pada usia 64 tahun, masih cergas dan langsung tidak menunjukkan kepenatan. Jika ada program lagi, harap Khal jemputlah. Terima kasih Padangbolasepak dan ramai lagi kawan baru yang Jang jumpa pada hari itu.

Coach: RajagobalRG
Organiser: padangbolasepak
Venue: RhinoArena
Jersey: KakiJersi
Photographer: AdzharKahar
Photographer: ShahAmirul

#MerdekaBolasepak

Jang

Buapak Bolasepak Beradat

One thought on “Saya Rajagopal dan ini kisah saya…

  • September 10, 2020 at 2:08 pm
    Permalink

    Jangan serik-serik Jang!- Match Official šŸ¤£

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.