April 27, 2024

United tidak pernah mengharap kepada gol musuh untuk jadi juara 20 kali.

3 min read

Biarlah pasukan lemah, asalkan mempunyai penyokong yang bermaruah dan jati diri yang tahan uji. Itulah prinsip yang dipegang teguh oleh penyokong Manchester United selama ini. Walau dihina dan dipijak-pijak, tetapi tidak sekali mereka berpaling dari menyokong pasukan yang satu. Bak kata pepatah Inggeris lama, ‘There is only One United’ begitu ringkas dan sedap sekali pepatah ini.

Lama juga Jang tidak menukilkan sesuatu untuk bola sepak Inggeris. Bukanlah kerana Jang sibuk dengan pasukan Negeri Sembilan, tetapi Jang sibuk mencari kekayaan dunia. Kalau bangsa Cina dan Yahudi tengok, nescaya mereka akan merasa malu kerana Jang lagi rajin dari mereka. Hmmmm..

Manchester United memegang rekod untuk 20 kejuaraan Inggeris, 12 Piala FA, 5 League Cup dan 21 kejuaraan Sumbangsih namun tidak pernah sekali mereka mencipta kejuaraan dengan mengharap kepada pasukan lain. Jauh sekali mereka mendambakan gol dari pasukan musuh. Manchester United membuktikan kemampuan mereka menjadi juara secara bermaruah. Jika tidak boleh menjadi juara, mereka tidak malu duduk ditangga ke enam, asalkan tidak memerlukan bantuan luar, walaupun dari Crystal Palace atau Southampton.

Manchester United pernah menjadi juara untuk beberapa minit sebelum Aguero menyumbat gol kejuaraan untuk City, begitulah hebat dan bermaruahnya persaingan merebut kejuaraan Inggeris. Tetapi, jika ada pasukan yang mahukan pertolongan United untuk menjadi juara, apa salahnya United tolong, ye tak? Takkanlah sudah menjadi juara secara bermaruah sebanyak 20 kali, United mahu berkira juga? Mana budi bahasanya? Tetapi bukanlah tolong dengan mudah kerana keindahan pertandingan akan jadi rosak jika ada unsur ‘ehsan’ sebegini.

Persaingan sengit United dan City wujud sekian lama tetapi selepas perpindahan Tevez pada tahun 2009/10, derby kedua pasukan semakin sengit kerana ianya bukan lagi tentang kalah menang tetapi melibatkan kejuaraan. Setelah sekian lama piala EPL berlabuh di Manchester United, ianya telah berpindah pula ke Manchester City dan City menjaganya dengan baik. Maksudnya, kejuaraan itu tidaklah berpindah randah sangat, kekal pada satu tempat sahaja, dengan kata lain, pasukan Manchester City adalah pasukan kuat dan bermaruah serta layak memegang kejuaraan Inggeris untuk satu tempoh yang bukan sekejap. Bukan one-off.

City dibawah Pep adalah sebuah pasukan yang sempurna dan gila. Mereka bermain tempo yang sama selama 90 minit walau setelah selesa mendahului pihak lawan dengan 4 gol. Mereka tidak memperlahankan rentak permainan walau hanya berbaki 5 minit. Hasilnya, jumlah jaringan mereka besar dan mungkin dengan jumlah jaringan akan menjadikan mereka juara musim ini. Tetapi United tidak akan sekali-kali membenarkan City menjadi juara dengan mudah. City kene berusaha mengalahkan United dahulu.

Lagipun, takkan semua benda United nak bagi atas pinggan. Nak jadi juara, kene la usaha sendiri dan tidak berharap kepada ehsan gol pasukan lawan, lagi-lagi pasukan lawan itu adalah musuh tradisi. Jika semua nak berharap kepada United, susahlah. Kita jangan jadi bangsa yang suka mengharap bantuan dan ehsan orang kerana nanti kita akan terus dipijak-pijak. Kebergantungan kepada BR1M, Dasar Ekonomi Baru, B40, PTPTN dan sebagainya banyak menjadikan kita terikat dan terkapai-kapai bagaikan sampan kecil dilautan. Lalu kita berharap kepada kapal besar (gergasi Eropah seperti United atau KERAJAAN) untuk menghulurkan tali atau melemparkan pendayung.

Sebenarnya hal kebergantungan ini banyak ditulis oleh Henry Ford dalam siri buku beliau The International Jew yang merujuk kepada The Protocols of the Elders of Zion. Tak perlulah Jang ulas panjang lebar perkara ini kerana ianya boleh menjadikan kau semua cerdik. Jika kau cerdik, maka kau akan mula berfikir, bila kau berfikir, kau akan nampak kepincangan lalu memberontak.Inilah yang mereka tidak mahu berlaku dan dicipta dalam The Protocols. Nampak?

Kau tahu kereta Ford cukuplah.

Jadi hal kebergantungan ini sangat kompleks dan wujud semenjak Henry Ford mencipta kereta Model T lagi. Negeri Sembilan bergantung kepada dana kerajaan dan tidak tahu (takut) mahu menjadi independent (swasta), JDT dan Selangor bergantung kepada Istana, Perlis bergantung pada scammer, Kelantan cuba jadi independent tapi berkecamuk disebabkan perebutan kuasa dan macam-macam lagi. Adakah kau fikir semua ini terjadi dengan sengaja?

United tidak akan menjadi penentu kejuaraan EPL musim ini tetapi Jang yakin, Manchester City akan terus mengekalkan kejuaraan kerana mengekalkan kejuaraan pada satu tempoh yang lama adalah satu tabiat yang perlu dibina.

Begitulah Jang meleret-leret sekadar nak memberi ilmu pengetahuan kepada semua.

Jang,
PU Bolasepak

0Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © Ultrajang 2023.