/Kisah sebenar disebalik penampar Rooney

Kisah sebenar disebalik penampar Rooney

Satu dunia melihat rudeboy Rooney menampar penggusti terkenal WWE, Wade Barrett semalam di Manchester, tetapi apa sebenarnya berlaku disebalik tabir akan ultrajang bongkarkan. Kisah bermula apabila penggusti tersebut menghina Rooney didepan anaknya, Kai. Rooney, sebagai lelaki inggeris sebenar, telah bangun dari kerusinya dan mencabar Barrett untuk bertumbuk diluar gelanggang. Video kejadian tersebut telah menjadi viral seluruh dunia.

Permusuhan dua bintang ini telah bermula kira-kira 9 bulan yang lalu apabila Barrett selalu menghentam Rooney dilaman twitternya. Dia menuduh Rooney telah menjatuhkan dirinya (dive) untuk mendapatkan penalti ketika Manchester United menentang Preston North End dalam piala FA. Tetapi Rooney tidak pernah membalas tweet Barrett yang juga penyokong Preston North End.

Apabila ternampak Rooney duduk dibarisan hadapan penonton bersama anaknya Kai, Barrett terus menghina Rooney dengan berkata – “dia tak mahu memalukan Rooney didepan anaknya sebab anaknya sudah selalu malu apabila Rooney beraksi dipadang” – Boom! tipikal black/dry humor British! Klasikk!

Rooney terus bangun dari kerusinya dan mencabar Barrett turun dan bercakap dengannya ditepi gelanggang. Barrett pun turun dan terus menghina Rooney dan menolak dadanya. Rooney hilang sabar lalu melepaskan satu lempangan padu kemuka Barrett dan Barrett terus tumbang disitu juga. Satu stadium chanting nama Rooney! Rooney! Rooney!

Tetapi semua ini adalah lakonan yang telah dirancang. Biasalah WWE ni macam Smartshop juga. Mereka menjual produk dengan drama. WWE yang real hanya dizaman Ric Flair, Hulk Hogan, The British Bulldog, Jimmy the superfly Snuka, Ricky Steamboat, Roddy Piper, Ted Dibiase, Iron Sheikh, Rick Rude, Bam Bam Bigelow dan ramai lagi. Ultimate Warrior tu dikira zaman baru dah.

Ramai tak tahu kisah sebenar selepas kejadian semalam. Rooney dan anaknya Kai telah bergambar dengan ramai bintang WWE termasuk Ric Flair dan Triple H dibelakang pentas. Turut hadir dan bergambar bersama ialah Ryan Giggs dan Fletcher. Semasa bergambar, Barrett dan kuncu-kuncunya datang untuk menyerang Rooney, tetapi sebagai juara eropah sebenar, Rooney terpaksa melepaskan satu tumbukan padu kedagu Barrett untuk mempertahankan diri. Mereka terpaksa dileraikan oleh pengusti-pengusti lain dan juga pengawal keselamatan.

Rooney dan anaknya Kai telah dibawa meninggalkan perkarangan stadium sementara Barrett dibawa kebilik persalinan. Sesampai dibilik persalinan, Barrett terus muntah-muntah teruk dan mengalami kekejangan seluruh badan. Dia terus dihantar ke hospital Manchester tetapi doktor gagal mengesan punca kesakitannya. Barrett terus muntah-muntah dan suhu badannya meningkat tinggi. Setelah mengetahui punca sebenar Barrett berkeadaan sedemikian, doktor menasihatkan Barrett untuk pergi memohon maaf kepada Rooney atau berkemungkinan lumpuh separuh badan.

_86605614_barrett2

Esoknya, Barrett telah dibawa dengan ambulan ke Old Trafford untuk memohon maaf dari Rooney tetapi Rooney tidak ada disana kerana berlatih di Carrington Training Centre. Ambulan terus membawa Barrett ke Carrington dan selepas mendengar permohonan maaf Barrett, Rooney meminta segelas air kosong dan membasuh but bolanya dengan air tadi. Dia lalu menyapukan air basuhan but tersebut ke muka Barrett, memberinya sedikit untuk diminum dan menyiram ubun-ubun kepalanya. Barrett terus sehat dan memeluk Rooney sambil menangis menyesal.

Berita ini tidak dikeluarkan oleh sebarang media atas permintaan WWE sendiri demi menjaga nama baik semua penggusti mereka.

Rooney adalah keramat dan tidak boleh dicerca atau dihina walau sentuhannya semakin kurang menyengat. Dia mungkin tidak menjaringkan gol dalam perlawanan biasa tetapi disaat United genting, dia akan datang menyelamatkan keadaan dengan jaringan cantik. Jang terpaksa keluarkan cerita ini sebagai peringatan kepada semua; Jangan hina Rooney! Baik ditwitter atau dimana-mana saja.

All hail rudeboy!